Khamis, 7 Mei 2015

CEKODOK PISANG GEBU

As-Salam buat semua..
Saya try buat cekodok atau di Kelantan di panggil Jemput-jemput pisang dengan menggunakan ibu jemput-jemput resepi dari  Kak Noor.Memang gebu cekodok ni dan ia tidak berminyak sangat.

CEKODOK PISANG GEBU
Sumber:Bicara Kak Noor Thanks.

Bahan ibu jemput-jemput
beberapa biji pisang ranum
3/4 cawan brown sugar
1 sudu teh ground cinnamon
secubit garam
*sukatan ni untuk 2 cawan ibu jemput-jemput.

Cara membuatnya
  • Lecek pisang hingga hancur dan campurkan dengan bahan-bahan lain.
  • Simpan beberapa jam dalam peti sejuk supaya gula benar-benar cair.
Cara membuat cekodok
2 cawan ibu jemput-jemput
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar soda bikarbonat

  • Ayakkan soda bikarbonat ke dalam tepung gandum dan gaul rata.
  • Kemudian masukkan ibu jemput-jemput dan gaul sampai sebati.Adunan agak pekat dan kental.
  • Panaskan minyak dan goreng  cekodok dalam minyak yang sederhana panas sambil di balik-balikkan supaya ia masak rata.
  • Toskan minyaknya dan bolehlah di hidangkan.

2 ulasan:

  1. Resepi wajib buat bila ada lebihan pisang kat rumah! makan masa panas-panas dengan air kopi...terangkat!

    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. best kan Suhana,lepas-sebiji-sebiji masuk mulut!

      Padam