Ahad, 31 Mei 2015

COKLAT BROWNIES CHEESE CAKE

As-Salam buat semua...
Semalam saya buat Coklat brownies cheese cake ni sempena hari jadi saya yang jatuh pada hari ini.Usia yang semakin meningkat makin menginsafkan saya..merenung kembali masa yang telah di tinggalkan makin membuat saya lebih bersyukur.Tahun ini banyak doa-doa saya yang telah di makbulkan oleh Allah..dan saya bersyukur di atas segala pemberianNYA.
Kebetulannya saya bercuti sehari nak gi jemputan kenduri kahwin masa cuti sekolah ni.Di Kota Bharu,musim cuti sekolah jalanraya pun boleh sesak dengan kenderaan akibat kenduri sana-sini.Menu seminggu ni asyik makan kenduri sajalah...Let's try baking.

COKLAT BROWNIES CHEESE CAKE.
Sumber:Aneka resepi kek/FB..Thanks

Bahan-bahan
250 gm butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan gula kastor saya letak 1 1/4 cawan
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 175'c.Alas loyang dengan baking paper.Lebihkan kertas di tepi loyang supaya mudah di keluarkan nanti.
  • Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder.
  • Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau.
  • Kacau gula dan telur dengan whisk,masukkan ke dalam adunan butter dan koko dan kacau sebati.
  • Masukkan susu cair dan kacau lagi.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil di kacau sebati.
  • Akhir sekali masukkan esen vanila dan kacau sebati.
  • Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan,tinggalkan sedikit adunan coklat untuk membuat corak marble di atas lapisan cheese nanti.
  • Bakar selama 25 minit dengan api bawah.Masa membakar bergantung pada oven masing-masing.

Bahan lapisan cheese
250 gm cream cheese
1 cawan gula kastor   saya guna 3/4 cawan
1 biji telur

Cara membuatnya
  • Selepas 25 minit,keluarkan brownies dari oven.Pastikan bahagian atas sudah keras sedikit.
  • Tekan sedikit supaya brownies rata.Tuangkan adunan cheese dan ratakan.
  • Paipkan lebihan adunan coklat tadi ke atas lapisan cheese dan buat corak ikut kreativiti masing-masing.
  • Masukkan semula ke dalam oven dan bakar selama 15 minit lagi atau sehingga cheese  masak bergantung pada oven masing-masing.
  • Biarkan kek sejuk dahulu sebelum di potong
                      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan