style="text-align: center"

Isnin, 1 Jun 2015

KUIH KETAYAP

As-Salam buat semua..
Berulang kali dah buat Kuih Ketayap ni.Suka pula Azim akan kuih yang ada inti kelapa padahal ia bukanlah kuih moden pun.Tak apa la, saya buat saja kalau anak-anak suka makan.Lagipun kuih yang di buat sendiri tentunya lebih puas hati sebab ikut citarasa kita sendiri..

KUIH KETAYAP
Sumber: HaNa's FamiLy thanks

Bahan-bahan
  • 1 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 cawan air
  • 1 sudu besar air pandan
  • sedikit pewarna hijau
  • minyak untuk mendadar
Cara membuatnya
  • Blend semua bahan di atas.
  • Lengserkan minyak atas kuali.Dadarlah adunan tadi hingga masak.
  • Angkat.Masukkan inti dan gulung.
  • Siap dihidang.
Untuk intinya
1/2 biji kelapa parut
2 keping gula melaka/ikut manis yang di sukai
1 helai daun pandan
1/2 cawan air
sedikit garam

Cara membuatnya

  • Panaskan air bersama gula melaka ,garam dan daun pandan sehinga gula melaka larut.
  • Masukkan kelapa parut dan gaul rata.
  • Kacau sentiasa sehingga inti kelapa kelihatan kering sedikit.
  • Angkat dan buangkan daun pandan.
  • Sedia untuk di gunakan.
**inti kelapa ini boleh di buat banyak dan di simpan di dalam freezer.Boleh di gunakan bila-bila masa.

2 ulasan:

  1. Bongsu saya suka sangat makan kuih ketayap.... biasanya awal pagi En. Suami singgah di gerai beli kuih ni untuk dijadikan salah satu bekalannya di rumah pengasuhnya. Memang sedap kuih ni kan Suzana, terutamanya intinya tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye la tu kan Amie,best makan kuih ketayap yang di buat sendiri,intinya banyak dan kemanisannya boleh buat sesuai dengan lidah kita.

      Padam