Ahad, 7 Jun 2015

KERABU LIMAU BALI

As-Salam buat semua.
Saya bercuti selama empat hari bermula semalam.Banyak 'aktiviti outdoor'nak buat,jalan sana-sini dengan jalanraya yang sesak sekali -sekala time cuti sekolah ni.Sebenarnya best duduk rumah saja kalau tidak kerana ada jemputan makan,saya malas nak keluar rumah.Sementara 'aktiviti indoor' pula banyak nak buat juga,duk dapur mencuba resepi-resepi baru.Salah satu resepi baru yang saya cuba dalam minggu ini ialah Kerabu Limau Bali.Boleh di makan begitu saja ataupun dengan nasi.Let's try buat..

KERABU LIMAU ALI
Sumber: FIZA'S COOKING .thanks 

Bahan-bahan
isi limau bali-di cerai-ceraikan
beberapa ekor udang
beberapa biji cili padi-hiris halus
1 tangkai kacang panjang   saya gantikan dengan daun salad
3 ulas bawang merah-hiris nipis
1 batang serai-hiris nipis
1 biji tomato-buang isinya ,hiris nipis
1 biji limau nipis ambil jusnya
kicap sotong dan gula
serbuk lada hitam  saya tambah
Cara membuatnya
  • Celur udang sebentar dengan sedikit garam dan buang kulitnya.
  • Masukkan isi limau bali,bawang merah,serai,cili padi dan tomato kedalam mangkuk.
  • Tambahkan jus limau nipis,serbuk lada hitam,kicap sotong,gula  dan gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan daun salad dan udang,gaul sebati.Sesuaikan rasanya dengan selera anda.
  • Sedia untuk di hidangkan.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum, kalau saya guna limau bali yang dah lama boleh ke ? maksud saya limau bali yang nak dekat busuk. Atau perlu gunakan limau bali yang segar?

    BalasPadam