Jumaat, 30 Oktober 2015

PUDING RAJA

As-Salam buat semua..
Rasa nak buat dan merasa Puding raja sentiasa sahaja dalam impian saya.Pada mulanya saya ingat Puding raja ini teramat manis dek sukatan gulanya yang agak banyak bagi saya dan juga kerana penggunaan jala emas.Rupanya kemanisannya biasa sahaja bila di gabungkan dengan bahan lain.Saya telah mengurangkan kemanisan kuah puding.
Kalau duduk di Kota Bharu tak buat sendiri la jala emas tu.Banyak di jual di Pasar Besar Siti Khadijah-Rm 5 untuk 6 keping.Kacang Gajus pun,beli yang dah siap di goreng.Best juga,harus di cuba.Resepi dari Azie Kitchen Thanks

PUDING RAJA

Bahan-bahan
4 sikat pisang emas
1 biji kacang gajus-di goreng
2-3 genggam jala emas
200 gm buah prun-potong 4    saya ganti dengan kismis
buah ceri merah/hijau
2 sudu besar minyak sapi
minyak untuk mengoreng 

Untuk kuah puding
1 tin susu cair
3 biji telur-ambil kuning sahaja
1/2 tin air
1-2 cawan gula -saya guna sukatan sendiri
daun pandan-simpul
esen vanila

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dan minyak sapi dengan kuantiti untuk menggoreng penuh.
  • Goreng pisang sehingga kuning.Angkat dan toskan untuk meresap minyak berlebihan.
  • Goreng pula kacang gajus,angkat dan ketepikan.
 Untuk kuah puding.
  • Pukul kuning telur bersama susu cair dan air.
  • Tapis dan masukkan gula dan kacau hingga gula larut.
  • Masak di atas api kecil bersama daun pandan hingga sederhana pekat.Masukkan esen vanila.
  • Kacau selalu supaya tidak bergentel.Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara menghidang
  • Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam bekas sesuai dan taburkan jala emas rata-rata di atasnya.
  • Kemudian aturkan buah prun,ceri dan kacang gajus goreng di atasnya.
  • Tuangkan kuah di atasnya apabila hendak di makan.

2 ulasan:

  1. Rajinnya buat puding raja... teringin nak rasa, tapi tak berani nak buat, takut tak menjadi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. simple jer Amie,susun bahan dan siram kuahnya ..best tau.yang rumitnya kalau jala emas tu di buat sendiri.

      Padam