style="text-align: center"

Isnin, 2 November 2015

SOTONG BAKAR KUAH PERCIK

As-Salam buat semua..
Ni dia Sotong bakar kesukaan abang Amzar,selalu di buat untuknya seorang kerana kakak dan adik tak makan sotong.Sedap di ratah begitu sahaja  ataupun di makan bersama nasi putih.Menyediakannya mungkin remeh sedikit kerana saya membakarnya guna dapur arang.Sotong yang di gunakan adalah jenis saiz besar dalam RM 13 seekor di Pasar Besar Siti Khadijah.Puas hati abang Amzar makan.Let's try masak.

SOTONG BAKAR KUAH PERCIK

Bahan-bahan
1 ekor sotong saiz besar
serbuk kunyit
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah

untuk kuah
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kering kisar 
serbuk cukup rasa maggi
gula secukup rasa
1 batang serai

Cara membuatnya
  • Sotong besar di belah tengah dan dibersihkan.Lumurkan dengan kunyit,serbuk lada hitam dan lada sulah.Ketepikan
  • Bakar sotong sederhana masak dan potong kecil-kecil.Jangan bakar lama-lama nanti sotong akan keras.
Untuk kuahnya
  • Tumbuk bawang merah dan bawang putih hinga hancur.
  • Masukkan kedalam kuali bersama santan pekat,cili kering kisar,serai yang di titik dan air.
  • Sentiasa kacau di atas api sederhana hinga mendidih.
  • Masukkan serbuk cukup rasa dan sedikit gula.Kuah percik ini tidak terlalu masin dan rasa sedikit manis.
  • Hidangkan bersama sotong bakar tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan