Isnin, 5 Oktober 2015

TART TELUR HONG KONG

As-Salam buat semua...
Best buat tart telur tapi tu lah tak berapa nak cantik kejadiannya.Asyik nak cepat saja...sampai lupa nak tapis intinya.Kena praktis banyak-banyak tapi sudahnya kalau asyik tak comel last-last kena beli juga kalau teringin nak makan baru lah happy ending..kan.Let's try baking.

TART TELUR HONG KONG
Sumber:mybakingworkshop .thanks

Bahan inti kastard
2/3 cawan gula
1 1/2 cawan air
9 biji telur-di pukul sedikit
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan susu segar atau susu cair

 Cara membuatnya
  • Masukkan air dan gula ke dalam periuk.Masak sampai mendidih dan gula larut.
  • Matikan api dan biarkan sejuk sepenuhnya.
  • Masukakn telur ke dalam mangkuk,pukul sedikit guna hand whisk.Tapiskan ke dalam mangkuk lain.
  • Kemudian masukkan susu dan vanila,gaul sebati.
  • Masukan air gula tadi,gaul rata dan tapis adunan sekali lagi ke dalam bekas bertutup sehingga sedia untuk di gunakan.

Pastri
1/2 cawan gula kastor
1 cawan mentega
3 cawan tepung(tambah jika kurang)
1 biji telur-di pukul sedikit
1 sudu kecil esen vanila


Cara membuatnya
  • Satukan tepung dan gula dalam mangkuk.
  • Masukkan mentega,gaul rata guna tangan.
  • Kemudian masukkan telur dan esen vanila,adun hingga menjadi doh yang lembut.
  • Ambil sedikit doh dan bentukkan guna jari tekan dalam acuan tart.Jangan terlalu tebal nanti pastri kurang masak.Buat hingga habis.
  • Panaskan oven pada suhu 170'c.
  • Susun pastri yang telah di bentukkan ke dalam dulang pembakar.
  • Tuang inti 3/4 penuh.
  • Bakar guna api bawah sahaja selama lebih kurang 20 minit atau hingga inti sudah tidak cair lagi.

2 ulasan:

  1. Geramnya saya tengok hasil tart telur tu... suka makan tapi nak buat tak sempat, main beli jew tapi kadang2 tak menepati selera... he he heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Amie,sebab tu saya cuba juga buat walau tak cantik!

      Padam