style="text-align: center"

Jumaat, 18 Disember 2015

ROTI PISANG

As-Salam buat semua..
Dah hampir sepuluh hari tak menulis di sini..
Banyak sangat menulis di 'tempat' lain,tak sempat nak masuk ke sini.
Tak buat roti pun dah lama,tak main uli-uli roti,asyik letih dan terus jadi malas pula.
Tapi petang semalam terajin buat roti..
Saya buat roti bantal kemudian potong nipis.
Hujan-hujan ni cicah dengan air kopi sedap juga!
Resepi dan cara membuatnya yang sebenar ada di  dapurkakyah.blogspot  .thanks
Let's try baking..

Bahan-bahan
500 gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
4 sudu besar gula
3 sudu besar shortening
2 suud besar water roux
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1 paket yis mauripan(11 gm)
1 biji telur(pukul dengan garfu)

2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
air

Cara membuat water roux
50 gm tepung gandum
250 ml air
Masak di atas api perlahan hingga pekat.Sejukkan 

Bahan glis
kuning telur- pukul dgn.garfu 

Cara membuatnya
  • Masukkan telur dalam mangkuk,masukkan susu pekat dan air.Biar sukatan menjadi lebih kurang 250 ml.
  • Masukkan yis dan biarkan hingga sehingga berbuih(kalau yis lama ia tidak berbuih).
  • Dalam bekas lain,masukan tepung,baking powder,bread improver,gula,shortening dan susu tepung.Biar bercampur.
  • Buatkan lubang di tengah.Masukkan cecair tadi dan esen vanila,adun biar menjadi ketulan yang kasar teksturnya.
  • Masukkan ke dalam beg plastik dan lenyekkan selama 5 minit.
  • Keluarkan dan uli semula supaya menjadi doh yang bulat
  • Panaskan oven sekejap,tutup suis.
  • Masukkan adunan ke dalam bekas,tutup dan perap di dalam oven  dengan pintu oven di tutup sehingga mengembang dua kali ganda.
  • Kalau perap di luar dengan suhu bilik,ia mengambil masa di antara45 minit hingga 1 jam.
  • Apabila adunan telah kembang, tumbuk adunan tersebut untuk mengeluarkan angin.
  • Bulatkan adunan dan gelekkan menjadi empat segi lebar.
  • Sapukan adunan pisang ke atasnya dan gulung dengan cermat.
  • Masukkan kedalam petitin dan biarkan ia mengembang sekali lagi.
  • Sapukan denagn glis telur,taburkan kepingan badam dan gula kasar.
  • Bakar dengan suhu 160'c selama 20 minit atau bergantung kepada oven masing-masing.
Inti pisang
4 biji pisang-lecek hancur
20 gm mentega
3 sudu besar gula perang
30 gm walnut-cincang
1 sudu kecil esen vanila
 **Campurkan kesemuanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan