style="text-align: center"

Jumaat, 22 Januari 2016

SERIKAYA HOMEMADE

As-Salam buat semua..
Hari ini saya kongsikan satu resepi serikaya homemade yang mudah.
Ia juga tahan lama dan tidak mudah rosak walaupun tidak di letak bahan preserve macam yang di jual..dengan syarat sentiasa letak dalam peti ais jika tidak di gunakan.
Kemanisannya boleh di adjust ikut kesuaian rasa kita.
boleh makan dengan roti bakar dan planta
serta juga Biskut cream crackers..best!
Let's try masak.

Bahan-bahan
3 biji telur gred A
300 ml pati santan
240 gm gula halus-saya guna 180 gm
2 helai daun pandan

untuk karamel
60 gm gula pasir
130 ml air panas

Cara membuatnya
  • Masak gula pasir hingga cair dan keperangan,pastikan jangan sampai gelap nanti pahit.
  • Kacau sentiasa semasa memasak karamel,kemudian tuangkan air panas perlahan-lahan.Kacau sebati dan sejukkan.
  • Dalam satu bekas,masukkan telur dan gula halus,kacau rata dengan whisk hingga gula larut.
  • Tuang santan dan karamel yang telah sejuk tadi.Kacau semua sebati dan tapiskan.
  • Tuang ke dalam periuk,masukkan daun pandan.
  • Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga kental,lebih kurang 1 jam.Tutup api.
  • Keluarkan daun pandan.Sejukkan.Isikan serikaya ke dalam botol/bekas bersih.
Tip supaya serikaya tahan lama
  • Botol yang di gunakan mestilah betul-betul bersih/botol baru/bekas baru.
  • Jika botol re-use,basuh bersih dan rebus dalam air panas selama 5 minit termasuk penutupnya.
  • Serikaya kena betul-betul sejuk sebelum di botolkan.
  • Sentiasa simpan dalam peti sejuk jika tidak di gunakan.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum Suzana.. malam ni baru berkesempatan berkunjung ke sini. Sedapnya seri kaya homemade... dulu mak pernah ajar buat, memang mabeles! Tak lama mana umur seri kaya tu... habis licin satu hari makan ngan lempeng!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam Amie..memang sedap Amie,puashati makan serikaya buat sendiri.

      Padam
  2. Assalam Kak Suzana, salam kenal saya dewi dari bogor mohon izin save resep-resep akak yang ada di Blog ini ya. Terima kasih

    BalasPadam