style="text-align: center"

Ahad, 17 April 2016

SUP URAT KETING

Assalam buat semua..
This is Kelantan..
Urat keting(dialek Kelantan ia di sebut ketin) adalah urat pada bahagian kaki lembu yang berwarna putih dan di saluti lemak.
ia perlu di rebus untuk mengasingkan lemaknya.
Sup urat keting agak popular di sini.Pada hari raya Aidil Adha,sup ini menjadi menu utama di hari raya.
Banyak di hidangkan di kedai-kedai makan masakan panas.
satu mangkuk Sup urat keting di jual dengan harga Rm 5-6
Bahan-bahan untuk membuat sup ini sama seperti kita membuat sup tulang,kena rebus lama-lama sehingga lembut dengan api sederhana. 
Bila dah masak ianya lembut sekali.Makan panas-panas dengan nasi putih atau hirup sup begitu saja pun best.
Nak makan sesedap rasa kena lah buat sendiri.
Saya buat versi sendiri dengan semua bahan di masukkan ke dalam periuk tanpa di tumis.
Let's try masak.

Bahan-bahan
urat keting secukupnya

1 batang kulit kayu manis 
4 biji buah pelaga 
4 kuntum bunga lawang
5 tangkai bunga cengkih

6 ulas bawang merah-hiris nipis
5 ulas bawang putih-di ketuk
1/2 inci halia-di ketuk
2 keping asam keping
1 sudu teh lada hitam biji
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk cukup rasa Maggi
garam secukup rasa

bahan tabur
bawang goreng 
hirisan daun sup

Cara membuatnya

  • Bersihkan urat keting dan potong kecil-kecil.
  • Rebus dengan api sederhana hingga ia menjadi lembut.buang lemak di permukaan atas air rebusan.
  • Bila urat keting telah masak,masukkan halia,asam keping,lada hitam biji,hirisan bawang merah ,bawang putih serta kulit kayu manis ,buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih.
  • Tambahkan juga serbuk ketumbar dan serbuk cukup rasa.
  • Rebus lagi sehingga semua bahan sebati dengan kuah.
  • Makin lama di rebus,makin sedap rasa kuahnya.Tambahkan garam secukup rasa.
  • Hidangkan bersama taburan bawang goreng dan hirisan daun sup.

5 ulasan:

  1. fav ni Su kalau sup urat ni adoiii la nak kena cari kaki jugak ni hari ni haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ingatkan orang Brunei tak kenal sup urat keting ni.best la Kak Noor.

      Padam
  2. Sukanya sup urat keting... nak masak sendirisusah nak dapat, bila makan di kedai...seganlah pulak nak tambah mangkuk kedua hihihiii.....

    BalasPadam
  3. he..hee kalau kat rumah bermangkuk-mangkuk

    BalasPadam
  4. शिवपाल के शिकार बने युवा नेताओं को मिला अखिलेश का ‘वीटो’
    Readmore todaynews18.com https://goo.gl/YE0Wyp

    BalasPadam