Menu malam,sebab tidur lewat dah terasa lapar pula.
intai dalam peti sejuk cuma ada brownies saja.
Malas la nak makan brownies malam-malam
masak mee kering la..
Mee rebus biasa saja,letak nama mee sup.
tapi tak guna pun perencah sup cuma mee celur dan campur dengan bahan-bahan lain sahaja.
Bolehlah buat penghilang sengsara lapar,buat seketika..
Let's try masak
MEE SUP
Bahan-bahan
1 paket mee kering-celur dan toskan
1 pokok sayur sawi
1/2 dada ayam-potong kecil
1/2 biji tomato-potong kiub
4 ulas bawang putih-ketuk
1/2 labu bawang besar-hiris nipis
serbuk lada hitam
maggi cukup rasa
2 sudu besar minyak canola
sos ikan secukup rasa
Cara membuatnya
- Panaskan minyak canola,masukkan bawang besar dan bawang putih.
- Tumis hingga naik bau.
- Tambahkan air secukupnya untuk kuah.
- Masukkan isi ayam dan biarkan mendidih
- Tambahkan serbuk lada hitam dan serbuk cukup rasa serta sos ikan secukupnya.
- Akhir sekali masukkan sayur sawi,tomato, mee yang telah di celur tadi.Gaul rata.
- Biarkan sebentar,bolehlah di hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan