Selasa, 5 Julai 2016

BISKUR SEMPRIT PELANGI

Assalam buat semua..
Penghujung Ramadhan hari ini
tentu saya akan rindu pada Ramadhan lagi..
post yang terakhir sebelum raya esok.
sementara menunggu kek siap di bakar saya letak resepi biskut 
semprit pelangi ni.
Elok guna dua warna sahaja sebab kalau 3 warna jadi macam saya tu lah,habis tercampur jadi kaler tak cantik.
Nampak macam biskut hampir hangus pulak!.
untuk sukatan gula aising 150 gm tu rasanya amat manis bagi tekak saya.Jadi pandai-pandailah adjust yer.
Let's try baking.

BISKUT SEMPRIT PELANGI

Bahan-bahan
250 gm mentega
150 gm gula aising   
1 biji kuning telur
250 gm tepung red rose
150 gm tepung kastard
30 gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
sedikti pewarna

Cara membuatnya

  • Ayakkan tepung red rose,tepung kastard dan tepung jagung.Ketepikan.
  • Pukul mentega dan gula hingga sebati.
  • Masukkan telur dan esen vanila dan terus pukul hingga bergaul sempurna
  • Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
  • Bahagikan doh kepada beberapa warna jika suka.
  • Panaskan oven pada suhu 170 'c.
  • Sediakan loyang pembakar dan tabur sedikit tepung atau sapu sedikit mentega.
  • Masukkan doh ke dalam acuan semprit dan tekan di atas loyang.
  • Buat dalam 2.5 cm panjang
  • Bakar dalam oven dengan suhu 170 'c selama 15 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan dahulu  sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum Suzana,
    alhamdulillah dapat berkunjung beraya di sini.... selamat hari raya buat Suzana sekeluarga, maaf zahir batin.

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam Amie,
    Selamat hari raya maaf zahir dan batin juga dari saya buat Amie sekeluarga.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam