Khamis, 1 September 2016

GIRAFFE ROLL CAKE

 Assalam buat semua...
Saya menyiapkan sebiji kek gulung untuk di hantar pada abang Amzar kat hostelnya esok.
Tiap-tiap hujung minggu sekarang ni ada saja masakan ataupun kek yang perlu di buat untuk di bawa pulang ke hostel atau kami menghantarnya saja pada setiap hari Jumaat.
Tu la sukanya dia dulu bila dapat sambung belajar di sini,dekat pula dengan rumah.
Resepi asal dari Sweeten/FB @TastemadeSweeten
Resepi kat Sweeten mudah-mudah saja siap dengan tutorial videonya sekali..tinggal tak sempat nak buat jer.
Ada tiga jenis corak-Animal cake print roll,Zebra,Leopard dan Giraffe.
tapi saya cuba satu patern giraffe dulu.
Haruslah props gambar kena ada pokok kan.
Keknya amat gebu dan lembut saja,nanti nak buat lagi.
Let's try baking

GIRAFFE ROLL CAKE

Bahan-bahan
3 biji telur kuning
3 biji telur putih
35 gm air
30 gm minyak sayur
15 gm gula kastor utk. telur kuning
45 gm gula kastor utk. telur putih
65 gm tepung gandum
10 gm serbuk koko

krim coklat
200 ml krim putar
50 gm coklat masakan
*masak double boiler dan sejukkan dalam peti ais untuk di sapu pada kek.

Cara membuat kek

  • Asingkan telur kuning dan telur putih.
  • Tambahkan air,minyak sayur dan gula ke dalam telur kuning dan putar sebati.
  • Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan gaul rata.
  • Dalam bekas lain,putar krim dan tambah gula sedikit demi sedikit.
  • Putar sehingga krim stiff peak.
  • Masukkan satu senduk adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur dan gaul rata.
  • Kemudian tambah lagi adunan telur putih yang selebihnya dan gaul rata dengan spatula.
  • Ambil satu senduk kecil adunan dan gaul rata dengan serbuk koko.
  • Alaskan dulang kek dengan parchment paper.
  • Masukkan adunan koko ke dalam piping bag dan buat corak giraffe pada kertas.
  • Tutorial ada kat https://www.tastemade.com/videos/wild-roll-cake
  • Bakar selama 1 minit dengan suhu 180'c.
  • Keluarkan dari oven dan masukkan adunan selebihnya dan ratakan.
  • Bakar semula dalam oven selama 12 minit bergantung pada oven masing-masing dengan suhu 180'c.
  • Bila masak,sejukkan dahulu sebelum di sapu krim coklat.
  • Boleh juga letak potongan buahan segar seperti kiwi,peach dan strawberi jika suka.
  • Gulung kek perlahan-lahan dan kemas
  • Simpan dalam peti ais selama 4 jam sebelum di makan.
  • Potong bahagian hujung kek untuk kelihatan kemas...enjoy!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan