style="text-align: center"

Isnin, 5 September 2016

PUDING KASTARD JAGUNG

 Assalam buat semua..
Puding kastard jagung ni amat lembut dan sedap di makan time sejuk.
Senang dan cepat saja nak membuatnya
Sesiapa yang tak suka manis bolehlah adjust sukatan gulanya..
Resepinya pun ringkas sahaja dari Azie Kitchen.Thanks.
Let's try buat.

Bahan-bahan
1 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan jagung manis /1 tin sweet corn
3/4 cawan gula pasir    
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair atau santan

Cara membuatnya

  • Campurkan semua bahan puding ke dalam periuk dan kacau rata.
  • Kemudian letakkan di atas api perlahan dan kacau sentiasa sehingga adunan pekat dan berkilat.
  • Tuang ke dalam loyang atau bekas acuan kecil.
  • Sejukkan dahulu sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk
*jika ingin membuat Puding kastard jagung koktel,masukkan buahan koktel dahulu ke dalam loyang sebelum di tuang adunan.


1 ulasan: