Selasa, 6 September 2016

TOFU TELUR BLACK PEPPER


Assalam buat semua..
Kali ini masak lagi resepi kesukaan saya ini..
Makan dengan nasi atau makan begitu sahaja pun boleh juga.
Campurkan dengan apa-apa saja sama ada isi ayam ,sayuran dan telur semuanya sedap belaka.
Let's try buat

TOFU TELUR BLACK PEPPER

Bahan-bahan
3 batang tofu telur-potong bulat
1/3 cawan karot parut halus
1/2 biji bawang besar-potong kiub
2 ulas bawang putih-cincang halus
daun sup-hiris halus
serbuk lada hitam
3 sudu besar sos lada hitam
1 kiub pati ayam
1 sudu besar sos tiram
air secukupnya utk.kuah
tepung jagung utk.pekatkan kuah
minyak sayur

Cara membuatnya

  • Panaskan minyak dan goreng tofu hingga garing dan perang.Toskan.
  • Buang lebihan minyak dan tinggalkan dalam 4 sudu besar.
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.
  • Masukkan air secukupnya,sos lada hitam,sos tiram,serbuk lada hitam,kiub pati ayam dan karot parut.
  • Biarkan kuah hingga mendidih.
  • Bancuhkan tepung jagung dengan air dan masukkan ke dalam kuah untuk pekatkannya.
  • Sesuaikan rasa kuah dan bolehlah di angkat.
  • Masukkan kuah ke dalam mangkuk dan letakkan tofu telur yang telah di goreng tadi ke dalam kuah.
  • Taburkan hirisan daun sup di atasnya.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan