style="text-align: center"

Selasa, 25 Oktober 2016

ROTI INTI CHEESE 'N' SOSEJ

 Assalam buat semua..
Baru nak tulis resepi roti yang telah di buat pada minggu lepas.
Sekali-sekala boleh lah buat roti sebab time nak menguli tu yang tak tahan rajinnya !
Kalau ada bread maker mungkin kerja menguli akan jadi lebih senang sedikit kalau time penat tu..
Coming soon la yang tu nanti..
saya menggunakan resepi Roti sarang lebah untuk doh roti ini.
Intinya menggunakan kepingan cheese dan sosej 

DOH ROTI
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh yis
1/4 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula halus
1/4 cawan plain yogurt-suhu bilik
1/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan air suam

inti-kepingan cheesedale potong kecil
sosej di celur dan potong 
sapuan-1 biji kuning telur
tabur-bijan hitam

Cara membuatnya

  • Satukan semua bahan kecuali air ke dalam mangkuk pengadun.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh yang elastik.
  • Perap sehingga doh kembang dua kali ganda.
  • Tumbuk doh dan buang anginnya.
  • Isikan dengan kepingan cheesedale dan sosej.
  • Bentukkan menjadi bebola kecil dan aturkan dalam loyang sesuai.
  • Tunggu sehingga doh kembang sekali lagi 
  • Sapukan dengan kuning telur.
  • Taburkan dengan bijan hitam
  • Bakar hingga masak dengan suhu oven antara 180'c-200'c bergantung pada jenis oven masing-masing.
  • Sapukan dengan mentega ketika masih panas untuk nampak berkilat.

4 ulasan:

  1. Saya suka makan roti dan ban tapi time nak uli-uli tu malas sket hee..hee...

    BalasPadam
  2. Tu lah ..saya pun malas sebenarnya tapi dah suka makan roti buat-buat rajin

    BalasPadam