style="text-align: center"

Sabtu, 5 November 2016

CORNFLAKES MADU

 Assalam buat semua..
Cerita hari ini..
Terjumpa cornfakes yang saya beli entah bila,mungkin masa nak raya hari tu agaknya.
Beli barang stok masakan banyak kadang-kadang boleh lupa.
Abang Amzar suka makan Cornflake madu.
boleh buat kudapan masa buat homework. 
Let's try buat.

Bahan-bahan
125 gm butter
1/2 cawan gula perang
1 cawan madu
1 kotak/500 gm cornflake Nestle 
1 cawan kismis
1 cawan almond nibs/gajus panggang

cawan kertas kecil
ceri merah dan hijau

Cara membuatnya
  • Panaskan butter dan gula hingga cair.
  • Kemudian gaulkan rata dengan kismis,almond nibs dan cornflakes.
  • Sudukan ke dalam cawan kertas kecil.
  • Hiaskan dengan ceri merah dan hijau.
  • Bakar dalam oven pada suhu 170'c selama 8-10 minit.
  • Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

2 ulasan:

  1. Yang ni best! Kalau sekali ngap tak sudah-sudah sampai semua habis dibaham. hee..hee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..bestttt sangat,lepas satu- satu masuk mulut!

      Padam