Jumaat, 13 Januari 2017

AYAM KRIUK-KRIUK

Assalam buat semua..
Inilah ayam goreng kesukaan Azim
Seminggu sekali dia akan makan ayam goreng ni
Tiap kali tiba hari Jumaat di mana saya tidak bertugas pada hari tersebut..
dia akan request ayam kriuk-kriuk ni.
Ayam goreng biasa jer tu..cuma dia suka gaulkan kriuk-kriuk crunchy tu dalam nasi.
Let's try buat

AYAM KRIUK-KRIUK

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam-di potong.
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk cukup rasa Maggi

Gaulkan bersama  ayam dan biarkan seketika.

Tepung goreng berempah Adabi
minyak secukupnya untuk goreng ayam

Bahan kriuk-kriuk
4 ulas bawang bombay
2 inci halia
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh serbuk cukup rasa
1 sudu teh gula
1 sudu besar tepung goreng berempah.

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak untuk menggoreng ayam.
  • Goreng ayam setengah masak dengan api sederhana.
  • Toskan
  • Kemudian campurkan tepung goreng berempah dengan sedikit garam.
  • Tambahkan air untuk mendapatkan konsisten yang pekat untuk menyalut.
  • Salutkan kepingan ayam dan goreng sekali lagi dengan api sederhana hingga masak dan garing.
  • Toskan.
Untuk kriuk-kriuk
  • Potong dan cincang halus bawang bombay dan halia.
  • Letakkan dalam kitchen towel bersih dan perah airnya.
  • Kemudian gaulkan dengan sos ikan,serbuk cukup rasa dan tepung goreng berempah.
  • Panaskan minyak lebihan goreng ayam tadi dan goreng hingga garing.
  • Sentiasa mengacau supaya tidak hangit.
  • Akhir sekali masukkan gula,goreng sebentar lagi dan angkat.
  • Toskan kriuk-kriuk dalam penapis.
  • Kemudian letakkan  di atas kitchen paper/kertas serap minyak.
  • Taburkan di atas ayam yang telah siap di goreng tadi. 
Azim......Azim,ayam goreng dah siap ni!..
Dia tak makan ayam sejuk...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan