style="text-align: center"

Sabtu, 14 Januari 2017

TART NENAS

 Assalam buat semua..
Biskut yang menjadi kesukaan saya tak kira musim raya atau pun tidak.
Saya buat semalam untuk menghabiskan jem nenas yang masih tersimpan dalam peti sejuk semenjak bulan puasa lepas.
Nasib baik tarikh luputnya April 2017,
kalau tidak dah jadi hadiah untuk dustbin.
Ingat mulanya nak cuba buat Tart nenas kerang.
tapi acuan yang saya ada tak sesuai pula walau pun ia berbentuk kerang.
Akhirnya saya gentel,letak inti,cucuk dengan garfu,sapu kuning telur then bakar.
Tak begitu cantik la begini..
Guna resepi ni kita akan dapat tart nenas yang rangup dan tidak terlalu gebu.
Let's try baking.

TART NENAS

Bahan A
1 1/2 cawan butter
1/2 cawan marjerin
6 sudu besar susu pekat
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning

Bahan B
4 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung kastard
4 cawan tepung gandum-di ayak

Bahan sapuan
1 biji kuning telur
pewarna kuning
*di campur bersama

jem nenas secukupnya
Cara membuatnya
  • Gaul bahan A guna senduk sahaja hingga sebati
  • Masukkan esen vanila,tepung kastard dan tepung jagung.
  • Masukkan tepung gandum sebanyak 2 cawan dahulu.Gaul sebati.
  • Kemudian tambah tepung gandum selebihnya sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  • Ambil sedikit doh,masukkan inti nenas dan bentukkan ataupun masukkan ke dalam acuan kerang.
  • Susun di atas loyang dan buat sampai habis
  • Cucuk dengan garfu dan sapu kuning telur.
  • Bakar dalam oven denagn suhu 160'c selama 20-25 minit bergantung pada oven masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan