style="text-align: center"

Ahad, 12 Februari 2017

LOKAN GORENG ALA THAI

Assalam buat semua..
Jumpa Lokan ni kat Pasir Tani,murah saja di jual dengan harga RM 2 untuk satu beg plastik sederhana.
Dah beli,simpan pula seminggu dalam freezer sebab masa beli tu hujung minggu,sibuk pula dan tak sempat nak masak.
Saya suka makan versi macam ni,rasanya masam-masam manis.
Let's try masak.

LOKAN GORENG ALA THAI

Bahan-bahan
1 kg  lokan
6 ulas bawang putih-cincang
1 labu bawang besar-potong nipis
5 helai daun limau purut
5 sudu besar sos cili Thai(sos Mae Phranom)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kering kisar
2 batang serai-hiris nipis
1 biji lada merah-potong nipis
1 sudu besar air perahan limau nipis
segenggam daun ketumbar siam
sedikit gula perang
sos ikan secukup rasa
air secukupnya

Cara membuatnya

  • Rendam lokan dalam air seketika,basuh bersih dan toskan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih,serai dan bawang besar hingga naik bau.
  • Masukkan cili kering kisar dan masak hingga cili garing
  • Masukkan sos tiram,sos cili Thai,sos cili dan sos ikan serta gula perang.
  • Masukkan lokan dan daun limau purut.Tambah sedikit air dan gaul rata. 
  • Tambahkan jus limau nipis dan biarkan sebentar hingga kuah sedikit pekat.
  • Bila lokan telah terbuka kulitnya,masukkan daun ketumbar siam dan hirisan lada merah dan tutup api.
  • Taburkan lagi daun ketumbar siam sebelum menghidang.

4 ulasan:

  1. sedapnyaa..lama x makan lokan..hihi biasa makan rebus serai jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try la buat macam ni pula..pun sedap juga.

      Padam