Resepi yang saya gunakan untuk buat kek ini adalah resepi kek span.
Keknya kecil sahaja menggunakan loyang 6 atau 7 inci sesuai untuk kek bajet yang harga Rm 9.90 tu.
Sesuailah buat kek kecil ni kerana hanya saya sahaja peminatnya di rumah ini.
Anak-anak tak makan kek krim,kecuali makan kek krim coklat saja.
Tidak begitu kemas kejadiannya sebab dah lama tak main dengan krim ni tapi dah memuaskan hati sebab di buat sendiri..
Let's try baking
SPONGE CAKE
Bahan-bahan
90 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
*ayakkan bersama
50 gm gula kastor
1 sudu besar susu tepung
2 biji telur
1 sudu besar ovalatte
1 sudu kecil esen vanila
Cara membuatnya
- Satukan kesemua bahan dalam mixer dan putar guna level 1 supaya semua bahan bergaul rata.
- Kemudian gunakan level 3/4 dan putar sampai kembang dan kelihatan putih.
- Akhir sekali masukkan 4 sudu besar minyak masak dan gaul guna spatula sahaja.
- Sapukan loyang dengan butter dan alaskan dengan baking sheet.
- Bakar dalam oven dengan suhu 170'c selama 40 minit bergantung pada oven masing-masing hingga masak.
- Sejukkan atas redai dan potong kepada dua lapis.
2 cawan krim putar-putar sampai kaku.
kiwi filling
Sapukan krim putar pada lapisan pertama dan paipkan kiwi filling
Lapiskan dengan satu lapis kek lagi dan sapukan krim pada seluruh kek.
Hiaskan dengan lebihan krim putar dan paipkan kiwi filling di atas kek.
Sejukkan dalam peti sejuk sebelum di potong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan