style="text-align: center"

Ahad, 17 September 2017

PUDING SUSU KOKTEL

Assalam buat semua..
Puding yang tak pernah jemu di makan
Selalunya kalau ada apa-apa jamuan atau kena bawa potluck ,saya selalu buat puding ni
Sebab ia mudah dan cepat siap.
Let's try buat.

PUDING SUSU KOKTEL
Bahan-bahan
1 paket serbuk agar-agar Nona/8 gm
1 tin susu cair
900 ml air
1/2 tin susu pekat manis
1 tin buahab koktel-tapis airnya.
gula-ikut manis sendiri
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam

Cara membuatnya
  • Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan panaskan di atas api sederhana.
  • Sentiasa kacau hingga mendidih.
  • Tutup api dan masukkan buahan koktel
  • Masukkan ke dalam loyang pilihan.
  • Sejukkan dahulu di luar baru di masukkan ke dalam peti ais dan bekukan.

2 ulasan:

  1. wahhhhh sedapnyer..makan plak sejuk2 di petang yang panas camni...mmg heavennnnn... hihihi

    BalasPadam