Saya buat biskut ni untuk kudapan masa cuti sekolah ni..
Terjumpa lebihan cornflakes yang di beli semasa hari raya dulu..
Nasib baik belum expired.
Boleh lah buat makan -makan pada waktu petang.
Let's tr baking
CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES
Bahan-bahan
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
2 cawan cornflakes ramas kasar
200 gm butter
3/4 cawan gula kastor
1 biji kuning telur
Cara membuatnya
- Campurkan tepung gandum,tepung jagung dan gaul rata.
- Pukul gula dan butter dalam 5 minit dengan whisk dan masukkan telur kuning.
- Kemudian masukkan campuran tepung dan cornflakes gaul sebati.
- Sapu loyang dengan butter.
- Sudukan adunan dan buat sampai habis.
- Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 170'c bergantung pada oven masing-masing.
- Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan