style="text-align: center"

Isnin, 6 November 2017

SANGKAYA HOMEMADE

Assalam buat semua..
Sedap juga Roti kukus cicah dengan Sangkaya homemade ni
Jika di buat sendiri bolehlah adjust dari segi kemanisannya.
Saya buat dua jenis-Roti bakar dan roti kukus
Kalau guna Roti benggali lagi sedap tapi masa kejadian hanya ada roti slice sahaja...pun jadilah.
Let's try buat

SANGKAYA HOMEMADE

Bahan-bahan
5-6 helai daun pandan -ambil airnya.
1 biji telur
250 ml susu cair
250 ml air
150 gm gula/ikut citarasa sendiri
2 sudu besar tepung jagung
secubit garam

Cara membuatnya

  • Blender daun pandan dengan setengah cawan air dan tapis.
  • Dalam bekas,masukkan telur dan gula,kacau sebati.
  • Masukkan susu,air daun pandan dan tepung jagung dan kacau sebati.
  • Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak dengan api kecil dan sentiasa kacau selama 20 minit.
  • Setelah likat matikan api dan tunggu ia sejuk.
  • Hidangkan bersama susu cair untuk rasa yang lebih sedap.
  • Bahan paling penting- Roti benggali yang di stimkan atau di bakar.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Suzana,
    suka tengok kerajinan Suzana sediakan sangkaya ni. Dulu pernah buat sangkaya, tapi masa remaja...dah jadi ibu ni, belum cuba lagi...hiks!

    BalasPadam