style="text-align: center"

Ahad, 28 Januari 2018

KEK COKLAT KUKUS


As-salam buat semua..
Sementara cuti beberapa hari ini,saya buat Kek Coklat Kukus.
Lama-lama tak makan kek coklat rindu pula rasanya. 
Lagipun ketiga-tiga anak sedang bercuti,cepatlah habis nanti.
Let's try buat.

KEK COKLAT KUKUS

Bahan-bahan
3 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko

Blend kesemua bahan lebih-kurang 5 minit.

Bahan ayak
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder

Ayak kesemua bahan dan kaup-balik ke dalam adunan yang telah di blend tadi.
Tapiskan dan masukkan ke dalam loyang.
Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
Boleh juga di bakar selama 45 minit dengan suhu 180' c bergantung pada oven masing-masing.

Topping
Coklat ganache
Coklat Kit Kat Bites dan Kit Kat Bar
Mini oreo
Almond Nibs

Tiada ulasan:

Catat Ulasan