Hari ni nak kongsi salah satu kuih kesukaan saya.
Kuih dulu-dulu tapi masih lagi dalam ingatan.
Cara membuatnya pun simple sahaja.
Tapi biasalah kuih dulu-dulu ambil masa sikit nak menyiapkannya dan setengah-setengah tu tiada sukatan asas.
Let's try buat.
UBI KAYU KUKUS
Bahan-bahan
Ubi kayu-di parut
gula melaka-di parut
garam
kelapa muda parut
Cara membuatnya
- Ubi kayu parut di perah keluar airnya .
- Gaulkan dengan gula melaka dan garam ikut manis sendiri.
- Panaskan pengukus hingga mendidih.
- Kukus sehingga Ubi kayu bertukar warna jernih.
- Sejukkan dahulu.
- Makan dengan kelapa parut yang di gaul dengan sedikit gula dan garam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan