Nak simpan resepi di sini untuk rujukan anak-anak di masa hadapan.
Walaupun pengunjung blog sudah tidak seramai dulu,tapi sekurang-kurangnya saya masih gigih menulis resepi di sini,
sebagai catatan peribadi..
Resepi Ayam Masala ni simple sahaja,
Just nice untuk anak-anak saya.
Let's try masak.
AYAM MASALA SIMPLE
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam-potong kecil
1 sudu besar rempah masala
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 biji tomato-belah 4
1 biji lada hijau -potong serong
sedikit kicap manis
2 sudu besar rempah Masala
1/2 kiub pati ayam
garam,gula secukup rasa
Cara membuatnya
- Gaul ayam dengan 1 sudu besar rempah Masala dan sedikit garam.
- Goreng sekejap dan toskan.
- Kisar bawang merah dan bawang putih.
- Tumis bawang kisar hingga naik baunya.
- Masukkan 2 sudu besar serbuk Masala dan sedikit air.
- Tumis hingga rempah masak.
- Masukkan ayam goreng,daun kari,kiub pati ayam,garam,gula secukup rasa dan sedikit kicap manis.
- Tambahkan sedikit air.
- Gaul rata dan biarkan ayam mesra dengan kuahnya dan sedikit pekat.
- Akhir sekali masukkan tomato dan lada hijau.
- Sesuaiakn rasanya dan bolehlah di angkat.
- Taburkan dauan Parsli semasa menghidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan