Selasa, 10 Disember 2019

PERIA GORENG RANGUP

Assalam buat semua..
Sayur Peria biasanya tidak begitu di gemari oleh sesetengah orang sebab rasanya yang pahit itu.
Tapi kalau masak dengan cara yang betul,rasa pahitnya tidaklah begitu ketara sangat.
Biasanya saya masak Peria dengan cara goreng sahaja.
Sedap juga makan dengan nasi ketika ia masih panas lagi.
Let's try masak.

PERIA GORENG RANGUP

Bahan
1 biji peria
garam
tepung Bestari
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya

  • Peria di belah dua dan keluarkan bijinya.
  • Potong serong dengan ketebalan 1/2 cm.
  • Dalam bekas,masukkan air dan larutkan garam di dalamnya.
  • Rendam Peria yang di potong tadi dalam 1/2 hingga 1 jam.
  • Selepas itu toskan airnya.
  • Ambil tepung Goreng Bestari dan gaul rata bersama Peria tadi.
  • Panaskan minyak banyak dan goreng Peria dalam minyak panas.
  • Goreng hingga Peria nampak rangup.
  • Toskan minyaknya dan bolehlah di hidangkan.

2 ulasan:

  1. salam singgah sini,, :) sedapnya peria goreng...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam Wani..sedap juga,rangup jer bila di makan masa panas-panas lagi.

      Padam