Kembali lagi bertamu di sini walau hanya sekejap saja..
Beberapa hari lepas yang amat sibuk buat saya menghabiskan masa dengan pelbagai tugasan.
Sedar tak sedar dah masuk bulan Disember
Bertarung dengan rindu lagi..
Bertarung dengan kesihatan lagi..
..dan segala-gala yang telah berlaku membuatkan saya lebih menghargai kenangan..
Puding ni pun dah tinggal kenangan,kerana di buat beberapa minggu lepas.
Yang tinggal hanya resepi untuk di simpan di sini
Let's try buat.
PUDING MOZEK
Bahan A
1 paket agar-agar Nona plain/10 gm.
800 ml air
1 tin susu cair
susu pekat manis secukup rasa
gula ikut manis sendiri
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
Bahan B
1 paket agar-agar Nona plain/10 gm
600 ml air
gula ikut manis
pewarna pilihan.
Cara membuatnya
- Masak bahan B hingga larut dan mendidih.
- Bekukan dan potong kiub.
- Masak bahan A hingga mendidih.
- Masukkan agar-agar kiub ke dalam acuan pilihan.Masukkan sedikit agar-agar susu.
- Sejukkan.
- Bila dah keras sedikit,goreskan permukaan dengan garfu dan tuang agar-agar selebihnya(mesti panas).
- Masukkan agar-agar kiub selebihnya.
- Sejukkan dahulu sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan