Isnin, 13 Januari 2020

RENDANG AYAM CILI PADI

Assalam buat semua...
Post pertama di Tahun 2020.
Dari hari pertama 2020,kesibukan dengan tugas saya yang tak habis-habis.
Syukur masih ada masa untuk hadir di ruangan ini,walau tidak sekerap dulu.
Okay,kita buat Rendang Ayam Cili Padi.
Pedas tu tak sama rasa bagi setiap orang,
pedas saya biasa-biasa sahaja sebab saya tak suka makan pedas.
Let's try masak.

RENDANG AYAM CILI PADI
Kredit to : Azie Kitchen

Bahan
1 ekor ayam-potong 14
1 sudu besar serbuk kunyit
1 helai daun kunyit-hiris halus
3 helai daun limau purut
1/2 kg.santan pekat
1 sudu kecil cili kering kisar-optional(saya letak 2 sudu besar)
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

Bahan kisar
2-3 biji bawang besar
15 tangkai cili padi merah dan hijau-boleh tambah ikut suka
3 batang serai
1 inci halia
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup

Cara membuatnya

  • Bahan kisar di kisar bersama separuh santan tapi tidak terlalu hancur sangat.
  • Masukkan ayam,serbuk kunyit dan bahan kisar ke dalam kuali,guna api perlahan.
  • Bila air ayam agak-agak kering,masukkan santan selebihnya dan daun limau purut.
  • Letakkan sedikit cili kering kisar untuk cantikkan warna rendang.
  • Selalu kacau bahagian bawah kuali supaya tidak hangit dan melekat.
  • Setelah terbit minyak dan hampir kering,masukkan gula dan garam secukup rasa.
  • Masak sehingga kering yang di sukai dengan api kecil.
  • Akhir sekali masukkan daun kunyit.
  • Boleh lah di angkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan