Sabtu, 19 Disember 2020

BICARA DETIK

BICARA DETIK

Biarkan detik yang berbicara
dengan bicara ketentuan
tentang kisah lalu
jua kisah mendatang
kerana kita sudah lama terkulai
tanpa upaya untuk menitip kata
lantaran takdir yang melanda. 

Biarkan detik yang berbicara
tentang impian
tentang harapan
tentang segala yang pernah
tertancap di ancala hati. 
Kerana kita tidak bisa lagi
melukis impian 
jua harapan.
dengan warna ketentuan
kerana takdir telah lama
membawa segala warna itu pergi
dan yang tinggal cuma
fatamorgana.

Biarkan detik yang berbicara
dan kita tadah lah dengan reda
segala takdir
kerana kita hanya insan
yang tidak bisa lari
dari ketentuan takdir. 

Sayang.. 
Hanya itu yang ku mohon. 
-AM-

2 ulasan:

  1. Selamat menempuh 2021 Suzana.
    Moga sihat selalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terimakasih untuk Amie,
      Selamat menempuh tahun 2021 juga buat Amie sekeluarga
      Jaga diri dan keluarga supaya sentiasa sihat dan dilindungi dari Covid-19.Aamiin.

      Padam