Khamis, 4 Oktober 2018

PHOTO OF THE WEEK.


PUDING KASTARD KOKTEL


Assalam buat semua.. 
Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi puding yang mudah saja di buatnya.
Semua orang pun rasanya pernah buat puding ni.
Bahan-bahannya pun mudah saja.
Rasanya sedap juga di makan sejuk-sejuk. 
Let's try buat

PUDING KASTARD KOKTEL

Bahan kastard
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
2 sudu besar gula
sedikit garam

Campurkan kesemua bahan
Kacau di atas api perlahan sehingga pekat dan meletup-letup.
Curahkan kedalam bekas sesuai atau acuan kecil-kecil dan sejukkan.

Bahan kuah
1 tin susu cair
1 tin koktel
1 tin laici
1 tin nenas kiub
2 sudu besar tepung kastard
1/2 tin susu pekat manis
gula ikut manis sesuai
sedikit garam
air secukupnya

Cara membuatnya

  • Campurkan kesemua bahan kuah kecuali buah koktel.
  • Masak hingga mendidih dan kuah pekat sedikit(kepekatan kuah bergantung pada citarasa sendiri).
  • Tambahkan kesemua buah koktel sekali dengan sirapnya.
  • Sesuaikan manisnya dan bolehlah di sejukkan.
Potong kiub kastard dan campurkan bersama kuah koktel.
Sejukkan di dalam peti ais.

Sabtu, 29 September 2018

IKAN BAWAL MASAK MASAM MANIS

Asalam buat semua..
Saya masih ingat dulu semasa di tingkatan 3..
Cikgu Sains Rumah Tangga(sekarang ERT) mengajar resepi Ikan Masak Masam Manis.
Sampai sekarang saya masih buat masakan ini 
Walaupun sudah berpuluh tahun berlalu..
Dah macam-macam saya derhaka pada resepi asas tu dulu..
Let's try buat

IKAN BAWAL MASAK MASAM MANIS

Bahan-bahan
1ekor ikan bawal saiz besar
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili thai
3 sudu besar sos plum
2 sudu besar sos Mae phranom
1 sudu kecil serbuk cukup rasa maggi
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh tepung jagung
1 susu besar gula perang

Kesemua bahan ini di campurkan dengan 1 cawan air 
Kacau sebati.

Bahan tumis
1 labu bawang besar-dadu
5 ulas bawang putih-cincang
1/2 inci halia-cincang
2 batang serai-hiris nipis

1/2 batang karot-parut nenas kiub-potong nipis
tomato ceri-belah 2
daun ketumbar siam
cili merah

Cara membuatnya

  • Bersihkan ikan,letak sedikit lada sulah dan serbuk lada hitam
  • Goreng hingga garing.Ketepikan.
Sos

  • Panaskan sedikit minyak,tumis bawang besar,bawang putih, halia dan serai hingga naik baunya.
  • Tambahkan campuran sos dan karot.
  • Masak dengan api perlahan hingga kuah pekat.
  • Tambah nenas dan tomato serta hirisan daun ketumbar.
  • Sesuaikan rasanya.
  • Curahkan kuah ke atas ikan goreng dan taburkan hirisan cili  merah dan daun ketumbar siam.
  • Bolehlah di hidangkan.

AIR KATIRA

Assalam buat semua..
Selalu jumpa Air Katira ni di jual dalam bulan Ramadan
Saya teringin nak merasanya..
Jadi saya cuba buat sendiri... rasanya sedap juga
Let's try buat.

AIR KATIRA

Bahan-bahan
1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis
1 sudu kecil esen pisang
pewarna hijau
cincau
sedikit garam
biji selasih-rendam biar kembang
gula jika perlu

Campurkan kesemua bahan dan kacau rata
Tambahkan ais dan sedia untuk di minum.

BISKUT KOKO

Assalam buat semua..
Ok..ini cookies homemade yang saya buat untuk kudapan anak-anak.
Letak satu balang kat meja depan TV nanti bila-bila menonton boleh makan biskut.
Lagipun sekarang ni biskut tidak terhad pada musim perayaan sahaja.
Sentiasa saja ada biskut yang di buat untuk makan hari-hari
Tu pun kalau ada masa...☺☺
ok..let's try baking

BISKUT KOKO

Bahan-bahan
250 gm mentega
150 gm gula kastor
1 biji telur
25 gm serbuk koko
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
20 gm susu tepung
1 sudu kecil coklat emulco

Bahan hiasan
telur putih
coklat urai
almond nibs

Cara membuatnya

  • Campurkan semua bahan.
  • Adun sebati hingga dapat adunan tidak melekat di jari.
  • Canaikan adunan dengan acuan pilihan.
  • Susun dalam dulang pembakar.
  • Sapukan putih telur.
  • Taburkan coklat urai dan almond nibs.
  • Bakar sehingga masak dengan suhu 170'c selama 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing.
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.


Isnin, 17 September 2018

CUCUR JAGUNG


Assalam buat semua..
Hari ini saya nak kongsikan resepi Cucur jagung yang sedap.
Mudah dan ringkas sahaja.
Makan panas-panas dengan secawan nescafe...lagi bertambah sedap.
Jagungnya rangup sahaja.
Rangup di luar,lembut di dalam
Cicah dengan sos pun sedap juga
Let's try buat

CUCUR JAGUNG

Bahan-bahan
2 cawan isi jagung 
4 cawan tepung gandum
1 labu bawang besar-potong bulat
1 sudu besar gula
1 biji telur
1/2 sudu teh baking powder
sedikit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya

  • Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali air.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga garing
  • Angkat dan toskan

Jumaat, 31 Ogos 2018

PHOTO OF THE WEEK


SAYUR TUMIS LOBAK PUTIH


Assalam buat semua..
Lobak putih sedap dimakan jika buat sayur tumis 
Boleh juga di buat minuman Jus lobak putih.
Tetapi mungkin yang ramai akan memilih lobak merah berbanding yang ini.
Apapun ia adalah salah satu dari sayur kesukaan saya.
Let's try buat.

SAYUR TUMIS LOBAK PUTIH

Bahan-bahan
1 batang lobak putih
1/2 biji lobak merah-potong dadu
5 ulas bawang putih-di ketuk
1/2 biji bawang besar-potong dadu
1/2 kiub pati ikan bilis
1 biji lada hijau-potong bulat
1 biji telur-di kacau
1sudu besar sos tiram
beberapa tangkai daun bawang-potong 1/2 inci
serbuk lada sulah
serbuk lada hitam
sedikit minyak sayur untuk menumis

Cara membuatnya
  • Lobak putih di buang kulit dan potong bulat.
  • Panaskan sedikit minyak sayur dan tumis bawang besar dadu dan bawang putih hingga naik baunya.
  • Masukkan sos tiram
  • Masukkan air secukupnya untuk kuah.
  • Masukkan lobak putih dan lobak merah.
  • Biarkan hingga mendidih.
  • Tambahkan kiub pati ikan bilis,serbuk lada sulah,serbuk lada hitam dan cili hijau.
  • Masukkan telur perlahan-lahan sambil di kacau.
  • Tambahkan garam jika perlu.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.


Rabu, 29 Ogos 2018

DAGING SEKILO BAWANG SEKILO

Assalam buat semua..
Terliur tengok resepi ni kat Blog Amie's Little Kitchen.
Sementara masih ada daging ni terus saja saya cuba membuatnya.
Di buat sedikit berkuah sebab Azim nak makan dengan nasi
Kalau nak makan dengan Nasi Impit,elok di keringkan sedikit.
Thanks Amie...
Let's try buat

DAGING SEKILO BAWANG SEKILO

Bahan-bahan
1 kg.daging-potong kecil-kecil
500 ml santan cair
250 ml santan pekat
5 ulas bawang putih-pecahkan dan cincang
1 kg.bawang besar-potong kasar
15 biji lada merah-potong nipis
3 cm halia-di tumbuk
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu teh pati asam jawa
garam /gula/perasa pilihan
minyak

Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak.Tumis bawang putih,halia,kulit kayu manis,bunga lawang hingga wangi.
  • Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
  • Masukkan daging dan bawang,biarkan hingga layu.
  • Gunakan api besar supaya lada dan bawang segera hancur.
  • Masukkan 500 ml santan cair. Perlahankan api dan tutup kuali.
  • Setelah kuah hampir kering,bawang dan lada hancur,masukkan pula santan pekat,garam dan gula secukup rasa serta perasa pilihan dan pati asam jawa.Gunakan api perlahan.
  • Kacau selalu supaya sebati dan tutup api bila terbit minyak.
  • Siap untuk di hidang bersama nasi putih atau Nasi impit.


Rabu, 15 Ogos 2018

KEK KAROT

Assalam buat semua..
Bertemu lagi di ruangan ini
Semakin jarang saya bertamu di sini
Dek kesibukan urusan dunia yang tak penah berhenti
sehingga semakin hari semakin penat...
Sehingga hari ini saya ada sedikit masa untuk kongsikan resepi- 
Kek Karot yang menjadi salah satu dari resepi simpanan dan sentiasa di gunakan.
Let's try baking.

KEK KAROT

Bahan-bahan
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh serbuk kayu manis
*semuanya di ayak bersama

1 cawan gula aising
4 biji telur
1 1/2 cawan minyak sayur
1 batang karot-parut halus

Cara membuatnya

  • Putar telur,gula,minyak dengan kelajuan tinggi selama 10 minit.
  • Masukkan karot parut dan gaul rata
  • Kaup balik tepung ke dalam adunan
  • Bakar  dalam suhu 170'c selama 1 jam bergantung pada oven masing-masing.
Topping cream cheese
250 gm cream cheese
100 ml whipping cream
1 sudu besar gula aising

Putar whipping cream sampai kaku
Putar cream cheese dan gula sampai gebu
Adun keduanya dan gaul sebati
Guna piping beg untuk hias atas kek