Jumaat, 30 Jun 2023

SPONGE MILKY CHOCOLATE CAKE

 

Assalam buat semua..
Hari ini,Hari Raya Aidil Adha ke-2.
Ibadah korban masih diteruskan.
Jemputan makan di beberapa tempat dengan kenduri lagi,jalanraya pun sedikit sesak.
Begini lah selalunya di Kelantan.
Disini,daging korban sebahagiannya di masak Singgang dan di buat Daging goreng kunyit.
Kemudian dijemput sanak saudara dan kenalan datang makan-makan
Raya keluarga kecil saya sederhana saja,tidak meriah.
Habis tugas malam jam 0700,hidang sedikit makanan di meja,selesai makan,saya tidur.
Kek Coklat ni dibuat 2 hari sebelum raya
Buat awal tak kalut😊
Let's try baking.

SPONGE MILKY CHOCOLATE CAKE
Sumber:Resepi Azlina Ina.Tenkiu🥰

Bahan
5 biji telur gred B
1 sudu besar ovalette
2 cawan gula halus(200gm.)
2 cawan Tepung naik sendiri(200gm)
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar coklat emulco
1 sudu kecil creamy vanila
1/4 cawan(60gm.)susu kotak coklat

1/2 cawan mentega cair atau
70 ml.minyak jagung

Cara membuatnya
.Masukkan kesemua bahan dalam mesin pengadun(mixer)kecuali mentega cair
.Adun dengan kelajuan rendah dahulu
.Dah sebati semua bahan,tukar kelajuan tinggi
.Putar sehingga warna adunan dari dark brown bertukar warna ke soft brown bergantung kepada mixer masing-masing.
.Matikan mixer
.Kaup-balik mentega cair kedalam adunan sampai rata.
.Panaskan oven dan alas loyang bulat size 6 inci dengan baking paper(saya guna loyang 4 segi)
.Masukkan adunan kek ke dalam loyang dan ratakan.
.Hentakkan loyang sedikit.
.Bakar dengan suhu 170'c selama 45 minit bergantung pada oven masing-masing(oven saya 140'c)
.Bila sudah masak terbalikkan diatas papan kek.
.Jika suka boleh dihias dengan krim coklat

Hiasan
Saya guna krim putar yang  dicampur serbuk koko dan coklat emulco.

Selasa, 6 Jun 2023

PRAWN PARATHA


 Assalam buat semua..

Resepi simple sahaja,idea dari Superdaddy-Khairul Abdullah.
Intinya boleh letak apa saja bahan yang ada di dapur.
Mudah dan sesuai buat penghilang lapar malam-malam.
Let's try buat.

PRAWN PARATHA
Bahan
1 keping roti paratha
2-3 sudu sour cream/plain yogurt
5-7 ekor udang-dibuang kulit
3-5 biji tomato ceri-belah 2
1/4 bijibawang besar
sedikit potongan cili
sedikit daun ketumbar
sedikit sos cili Thai

Cara membuatnya
1.Keluarkan roti paratha frozen,letak atas baking paper.Biarkan lembut dan tidak sejuk.
2.Dah lembut elok,sapukan sour cream dan ratakan.
3.Letak udang,bawang,cili dan tomato.
4.Masukkan ke dalam oven-180' selama 10-15minit ataupun guna Air Fryer.
5.Hidangkan dengan taburan daun ketumbar renjisan sos cili Thai.

Selasa, 28 Mac 2023

PUDING KASTARD JAGUNG


 Assalam buat semua..
Hari ini,Ramadan ke-6
Saya hanya masak pada waktu sahur  sahaja.
Makan berhidang dengan nasi putih dan lauk yang ringkas.
Waktu berbuka biasanya beli nasi bungkus sahaja.
Kuih atau pemanis mulut sejenis sahaja,dibuat dan kadang-kadang dibeli
Kali ini saya kongsi resepi Puding Jagung yang cukup mudah untuk membuatnya.
Let's try masak.

PUDING KASTARD JAGUNG

Bahan
1 tin corn cream
1 tin corn kennel
1 tin susu cair
6 cawan air
1 cawan santan
300 gm.tepung Bird's kastard
gula dan garam-secukup rasa
daun pandan.

Cara membuatnya
  • Campurkan kesemua bahan didalam periuk.
  • Letak atas api sederhana sambil terus di kacau.
  • Bila hampir pekat,nampak sedikit berkilat,keluarkan daun pandan tadi.
  • Bila mendidih-ada letusan kecil,bolehlah di angkat.
  • Sejukkan dalam bekas sesuai.

Sabtu, 18 Februari 2023

KEK MENTEGA MARBLE


Assalam buat semua..
Kek mentega marble ni selalu saja saya buat kat rumah.
Kek ni tak jemu di makan kerana ianya seperti kek marjerin versi dulu-dulu.
Lukis corak kesukaan diatas untuk cantikkannya.
Let's try baking

Kredit to Azlina Ina

KEK MENTEGA MARBLE

Bahan
200 gm.tepung naik sendiri
6 biji telur gred A
1 sudu besar ovalette
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan susu segar
3 sudu besar susu tepung
170 gm.gula kastor

150 gm.mentega-cairkan

Cara membuatnya
  • Masukkan kesemua bahan kecuali mentega ke dalam pemutar.
  • Putar dengan kelajuan tinggi selama lebih kurang 5 minit hingga adunan gebu dan kelihatan putih.
  • Masukkan mentega cair dan kaup-balik hingga rata.
  • Ambil sedikit adunan dan letak pewarna pilihan.
  • Alas loyang 9x9 dan masukkan adunan kek.
  • Letak adunan yang berwarna diatas dan buat corak pilihan.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150'c selama 50-60 minit bergantung oada oven masing-masing.
  • Bila masak,terbalikkan diatas jaringan petak-petak.
  • Hias dengan coklat cip.

Selasa, 10 Januari 2023

MAKARONI GORENG


 Assalam buat semua..

Hari ini saya kongsi satu lagi resepi makaroni kesukaan anak-anak.
Resepinya ringkas sahaja,ikut versi sendiri,sesedap dan secukup rasa.
Saya buat untuk hidangan makan malam,cukup lah untuk hari ini,tidak perlu makan nasi dah.
Let's try buat


MAKARONI GORENG

Bahan
1 paket makaroni 250 gm.
isi ayam-cincang
2 sudu besar cili kisar
bawang besar-dadu kecil
bawang putih-cincang
sayur kubis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ayam
serbuk cukup rasa Maggie
garam 


Untuk hiasan
bawang goreng
hirisan daun sup
cili hijau

Cara membuatnya
  • Rebus makaroni sehingga lembut. Angkat,toskan air. 
  • Dalam kuali,panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
  • Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak.
  • Masukkan ayam cincang dan kacau sehingga ayam sedikit kering airnya.
  • Masukkan sos tiram,sos cili,kicap manis,pati ayam dan serbuk cukup rasa,garam dan gaul rata.
  • Masukkan makaroni yang di rebus ke dalam kuali dan gaul rata.
  • Masukan sayur dan biarkan sebentar. Jangan terlalu lama kerana sayur akan jadi lembik.
  • Bila semua rasa sudah sebati ,masukkan ke dalam bekas,taburkan bawang goreng dan cili potong.

Sabtu, 7 Januari 2023

KEK CAWAN PANDAN

Assalam buat semua..
Selamat tahun baru 2023
Semoga Allah kurniakan rezeki kesihatan dan masa lapang yang lebih baik di tahun ini.Aamiin.
Jom buat Kek Cawan Pandan
Sedap juga makan dengan secawan Nescafe.

KEK CAWAN PANDAN

Bahan
200 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
     -diayak bersama-

125 gm.mentega
1/2 sudu teh esen vanila
150 gm.gula kaster
2 biji telur A

75 gm.santan campur 25 gm.air perahan daun pandan
1/4 sudu teh garam
pewarna hijau

Cara membuatnya
•Putar mentega,gula hingga kembang dan gebu.
•Masukkan telur satu persatu sambil terus di putar.
•Masukkan esen vanila dan pewarna hijau.
•Kaup-balikkan tepung selang seli dengan santan sampai habis.
•Masukkan ke dalam acuan cawan kertas,isi 3/4 penuh.
•Tabur bahan hiasan jika suka.
•Bakar dalam oven dengan suhu 160`c selama 25-30 minit bergantung pada oven masing@masing.
•Bila masak,sejukkan.Boleh juga di paipkan krim di atasnya.

Sabtu, 31 Disember 2022

PUDING KASTARD BUAH


 Assalam buat semua..
Tahu-tahu sudah hampir berlalu tahun 2022.
Banyak kenangan suka dan duka di sepanjang tahun ini.
Semoga tahun hadapan,saya akan lebih kuat dan tabah.

Kalau rindu...biar lah ia terus merindu.

Untuk resepi terakhir di tahun 2022 ini,
Saya kongsikan satu resepi dessert Puding Kastard buah.
Nak guna potongan buahan segar ataupun buah koktel semuanya boleh.
Saya guna buahan segar untuk resepi ini.

PUDING KASTARD BUAH

Bahan puding kastard
1 cawan tepung kastard
5 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh garam

•Campurkan kesemua bahan hingga sebati.
•Masak di atas api perlahan sehingga ia pekat dan likat.
•Bila nampak puding ada letupan kecil,bolehlah diangkat
•Masukkan ke dalam bekas puding pilihan.

Kuah Puding
1 tin susu cair
1 kotak kecil santan segera
2 cawan air
4 sudu makan gula
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh garam 
1 sudu teh esen vanila

•Campurkan kesemua bahan.
•Masak di atas api sederhana hingga kelihatan sedikit pekat.
•Angkat dan sejukkan

Buahan pilihan sendiri atau koktel buah
Strawberi,pisang,kiwi,
Mangga,anggur

Letakkan potongan buahan di atas puding kastard
Masukkan kuah puding dan sedia untuk di makan.

Sabtu, 19 November 2022

PIZZA IN CUP

 Assalam buat semua..
Saya kongsikan satu lagi resepi ringkas buat sarapan pagi atau minum petang.
Roti yang nak dekat tarikh luput  dan yang tak bergerak-gerak dok atas meja tak siapa sudi pandang tu,boleh lah buat ..cepat jer habis.
Intinya boleh digunakan apa saja bahan yang ada di dapur seperti ayam,daging cincang,sosej atau telur.
Boleh juga di tambah sayuran seperti karot,capsicum,tomato.jagung ataupun cendawan.
Bahan di bawah mengikut versi saya .
Let's try buat

PIZZA IN CUP
Bahan
4 keping roti
2 biji telur
serbuk lada sulah
serbuk oregano
sosej
tomato
capsicum
mayonis


Cara membuatnya
  • Potong kecil kesemua bahan inti dan gaul dengan mayonis dan sedikit serbuk oregano
  • Ambil sekeping roti,tekan ke dalam acuan cupcake.
  • Masukkan bahan inti.
  • Kacau telur dan masukkan sedikit serbuk lada sulah.
  • Tuang ke dalam cawan roti,jika suka tabur keju mozarella di atasnya.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150'c sehingga bahagian atas kelihatan sedikti garing.
  • Bila sudah masak,boleh paipkan cili sos di atasnya jika suka.

Rabu, 19 Oktober 2022

JAGUNG MADU CHEESE

Assalam buat semua..
Jagung ni saya kirim kat kawan yang bercuti di Cameron baru-baru ini.
Dalam satu beg ada 8 tongkol jagung muda.
Nak tunggu rebus dan makan begitu saja,rasanya lambat habis.
Saya potong kesemua biji jagung dapat lah satu bekas.
Ok,lets try buat Jagung Cheese

JAGUNG MADU CHEESE

Bahan
8 tongkol jagung masak
Dried cranberry/kismis
Cheedar Cheese
Susu pekat manis
Butter
Sedikit garam

Cara membuatnya
  • Kukus isi jagung hingga masak.
  • Gaul dengan butter,susu pekat manis,cranberry dan garam.
  • Masukkan ke dalam bekas sesuai.
  • Parutkan keju cheedar di atasnya.
  • Boleh lah di hidangkan.

Selasa, 11 Oktober 2022

AISKRIM NEOPOLITAN HOMEMADE

Assalam buat semua
Hari ini saya nak kongsi satu resepi aiskrim homemade yang mudah sahaja.
Walaupun sekarang ni hari-hari hujan,aiskrim tidak di lupakan.
Azim minta diletakkan didalam bekas aiskrim yang telah habis untuk dapatkan feeling makan aiskrim yang di beli katanya.
Semalam Azim dah daftar masuk U
Tinggal lah aiskrim ni tunggu untuk di habiskan.
Let's try buat.

AISKRIM NEOPOLITAN HOMEMADE

Bahan
1 tin susu cair
2 sudu makan ovalette
2 sudu makan susu pekat manis(boleh tambah jika suka lebih manis)
1 sudu makan esen vanila
Pewarna pink,coklat
3 sudu makan milo

Cara membuatnya
  • Satukan kesemua bahan kecuali pewarna ke dalam mangkuk adunan.
  • Putar dengan kelajuan tinggi hingga gebu dan kental selama lebih kurang 15 minit.
  • Bahagikan kepada 3 bahagian.
  • Masukkan pewarna pink dan kacau rata.
  • Masukkan pewarna coklat dan 3 sudu makan milo,kacu rata.
  • Satu lagi di biarkan warna asal.
  • Masukkan ketiga2 warna sedikit demi sedikit ke dalam bekas sesuai.
  • Tambahkan sehingga adunan habis.
  • Bekukan di dalan peti sejuk satu malam.
  • Esoknya dah boleh makan.