style="text-align: center"

Sabtu, 1 Oktober 2011

DAGING CINCANG GORENG

Dalam peti sejuk ada 2 peket besar daging cincang yang dibeli oleh En.Zam.Banyak -banyak beli dan simpan lama-lama pun tak guna juga kalau tidak dibuat sesuatu.
saya cuma masak resipi mudah sahaja iaitu 
daging cincang goreng.

Bahan-bahan
  • 250gm.daging cincang(jenama Ramly)
  • 1 labu bawang bombay-hiris nipis
  • 2 biji lada merah/hijau-hiris nipis
  • 3 sudu besar cili merah kisar
  • 2 sudu bear bawang merah kisar
  • 2 sudu teh bawang putih kisar
  • sedikit sos tiram,sos cili,sos plum
  • garam/gula secukup rasa                                                                             
Cara membuatnya 
  • Dalam mangkuk masukkan bawang dan cili kisar,semua sos dan biarkan sebentar.
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali,masukkan daging cincang perap tadi dan goreng.
  • Bila daging hampir masak tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan lada dan bawang bombay .Balik-balikkan daging hingga bergaul rata.
  • Bolehlah di angkat dan hidangkan.

2 ulasan:

  1. Wow. Bestnyer.

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana sudi berkongsi resipi ini! <3

    BalasPadam