Jumaat, 30 September 2011

KELAPA JELLY


Pokok kelapa madu belakang rumah sedang lebat berbuah.Agak banyak juga buahnya Setiap tandan ada 6-8 biji buah kelapa.Selalunya saya buat air kelapa muda untuk dibuat minuman sejuk semasa makan tengahari.Tapi hari ini rasa nak cuba buat kelapa jeli pula.Saya terlihat resipi ini kat Blog Ummu Waheedah.Terimakasih kerana sudi berkongsi resipi.Saya buat kelapa jeli dengan sedikit pengubahsuaian iaitu lebih keras sedikit dan boleh dipotong-potong(versi agar-agar).Ini dia resipi asal.

Bahan-bahan 
  • 1.5 liter air kelapa muda
  • 1.5 liter air
  • 10 gm.serbuk agar-agar
  • 300 gm.gula pasir
  • isi kelapa muda-dihiris halus
Cara membuatnya
  • Rebus air sampai mendidih.
  • Masukkan serbuk agar-agar dan gula,  kacau sehingga larut.
  • Bila agar-agar larut sepenuhnya, masukkan air kelapa muda.
  • Kacau sebentar dan masukkan isi kelapa muda.Jangan sampai mendidih.Padamkan api.
  • Masukkan dalan bekas yang sesuai dan sejukkan pada suhu bilik.Bila agak sejuk masukkan kedalam peti ais.
*Tip:selepas masukkan air kelapa,jangan biarkan lama sehingga mendidih.Jika mendidih kemungkinan adunan akan membuak keluar dan larutan jeli akan menjadi kemerahan(over cooked).Jeli yang sedap adalah yang lembut dan tidak keras seperti agar-agar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan