Jumaat, 9 Disember 2011

PUDING KENTANG BERKARAMEL

Saya sungguh teruja untuk membuat Puding kentang berkaramel ini setelah melihatnya di Blog Dayang Jack.Resipi-resipi kat blog tu semuanya sedap belaka.Terimakasih di ucapkan di alam maya ini untuk pemilik blog tersebut di atas segala perkongsian ilmu dan resipi memasaknya.Rasanya tidak jauh berbeza dengan Puding Karamel yang selalu di buat sebelum ini ,cuma ia perlu di tambah kentang.

Puding Kentang Berkaramel
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Karamel :
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan air panas
Cara membuatnya
  • Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. 
  • Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.
Puding :
  • 1 biji kentang sederhana saiznya (direbus hingga empuk dan dipotong kecil-kecil)
  • 5 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
  • 1 1/2 cawan susu sejat/susu cair
  • 1/4 cawan air 
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  Cara membuatnya
  • Kisar kentang bersama semua bahan (kecuali telur) hingga sebati. 
  • Satukan adunan tadi dengan telur yang sudah dipukul. 
  • Sebatikan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau hand whisk.
  • Kemudian tapiskan.Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang berisi karamel tadi.
  • Sediakan loyang yang agak besar dan isikan air panas secukupnya. 
  • Kemudian letakkan loyang puding tadi di tengah-tengahnya. 
  • Masukkan ke dalam oven(membakar dengan kaedah bain marie).
  • Bakarlah pada suhu 160-170C selama 40 minit atau sehingga masak. Bergantung pada suhu oven masing-masing.
  • Setelah  puding masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan