Sabtu, 31 Disember 2011

MASAK ASAM KELADI

Saya tuliskan satu lagi resipi yang menjadi kesukaan saya di sini iaitu Masak asam keladi.Ia juga menjadi salah satu masakan yang  di sukai oleh arwah ayah. Sebatang keladi besar beserta dengan ubinya di jual di pasar tani dengan harga Rm3.Sebatang keladi cukuplah untuk sekali makan tengahari.Nak buat banyak sampai satu periuk nanti tak habis pula untuk 3 orang dewasa di rumah ini.3 orang budak tu?out of list.

MASAK ASAM KELADI
Olahan:daridapursuzanasuzana

Bahan-bahan(3 orang)
  • 1 batang keladi besar dengan ubinya
  • 3 ulas bawang merah 
  • 1/2 inci belacan
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 keping asam keping-utk masakan
  • 6 keping asam keping -utk.merebus keladi
  • 2 sudu besar cili kisar
  • air secukupnya
  • gula /garam secukup rasa
Cara membuatnya
  • Potong batang keladi 2 inci panjang. Jangan ambil bahagian batang yang keras. Kupas bahagian luar batang keladi. 
  • Kupas ubi keladi dan potong 4.
  • Setelah dicuci, toskan dan masukkan ke dalam periuk. Isi air biasa hingga tenggelam batang dan ubi keladi. Masukkan 6 keping asam keping. Rebus hingga empuk.
  • Tapis batang dan ubi keladi dan lalukan dibawah air paip. Toskan.
  • Masukkan bawang merah,bawang putih,belacan dan sedikit air ke dalam blender dan kisar hingga halus.
  • Masukkan air, bahan yang telah di kisar, cili kisar, , asam keping.Masak hingga mendidih dan masukkan keladi dan ubinya yang telah di rebus tadi,garam dan sedikit gula.Sesuaikan rasanya.
  • Biarkan beberapa minit ,bolehlah di angkat dan hidangkan.
**Untuk mengelakkan tangan menjadi gatal semasa membuang kulit keladi,sapukan tangan dengan minyak masak terlebih dahulu.
**Asam keping yang di masukkan semasa merebus keladi bertujuan untuk membuang gatal keladi. 
**Masak asam keladi ini saya  makan bersama ikan pekasam goreng.sedapnya!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan