Sabtu, 31 Disember 2011

MIHUN KUNG FU

 As-Salam...
Selamat berhujung minggu buat semua!.Ini adalah di antara entri -entri terakhir di hujung tahun 2011 ini.Entri yang lain kita carry- forward ke tahun depan.Dengan izin Allah jika di luangkan masa ,saya akan sentiasa menulis disini.Tahun ini banyak kenangan manis dan kenangan yang melukakan....asam-garam hidup.
Betapa cepatnya masa berlalu pergi.Rasulullah s.a.w bersabda,jarak di antara dunia dan akhirat ,tempohnya hanyalah sekadar memejam-celik mata sahaja.Yang penting saya dah semakin kenal diri sendiri.
As-Salam buat semua..
Hari ini saya ingin kongsikan satu lagi resipi kesukaan saya iaitu Mihun kung fu.Ada dua jenis cara membuatnya yang saya jumpa iaitu,mihun yang di goreng di dalam minyak kemudian di curahkan kuah di atasnya.Dan satu lagi cara seperti yang saya buat iaitu di campurkan dengan telur kemudian di goreng.Boleh juga di gunakan Kue teow.
MIHUN KUNG FU  
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan ( 1 orang )

  • mihun secukupnya
  • 1 biji telur
  • lada hitam / lada putih
  • isi ayam,udang,sotong dan fish ball
  • 1sdb. tepung jagung-utk. pekatkan kuah
  • 1 cawan air
  • sayur-bunga kubis,karot atau sayur lain pilihan sendiri.
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
  • 1sdb.sos tiram
  • sedikit garam
  • sedikit daun sup- untuk taburan
  • sedikit air limau nipis
  • maggi cukup rasa

Cara membuatnya  

  • Celur mihun sekejap dan toskan.
  • Pukul telur bersama sedikit garam dan lada hitam/lada sulah dan campurkan bersama dengan mihun yang telah di celur tadi.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan gorengkan mihun tadi.Ratakan supaya menjadi sedikit leper.
  • Bila nampak garing di bawah,balikkan ke sebelah lagi supaya masak di kedua-dua belah.
  • Angkat dan di letakkan di dalam pinggan yang sedikit melengkung dan ketepikan.
Untuk kuahnya
  • Tumis bawang putih hingga sedikit perang.Kemudian masukkan isi ayam,udang,fish ball dan sotong.
  • Bila bahan-bahan lain masak ,masukkan sayuran.
  • Masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, maggi cukup rasa dan tambahkan sedikit air limau nipis.
  • Tambahkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air(kalau mahu kuah lebih ,boleh di tambahkan air lagi.)
  • Biarkan kuah pekat dan bolehlah di curahkan keatas bihun tadi.
  • Taburkan daun sup dan hidangkan semasa masih panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan