style="text-align: center"

Isnin, 9 Januari 2012

APPLE TOMATO PIE

Saya suka makan Pai epal yang di beli kat kedai makanan segera.Tetapi selepas terjumpa dengan resipi ini saya lebih suka membuatnya sendiri.Kulitnya juga boleh di gunakan dari kulit paf pastri yang telah siap di jual atau kulit pastri yang di buat sendiri.Saya cuba membuatnya menggunakan kulit popia dari resipi kat My R.

APPLE TOMATO PIE(versi popia)
Sumber:mcE.myresipi.com

Bahan-bahan
  • kulit popia secukupnya
  • 2 biji epal
  • 2 biji tomato-saiz kecil
  • 1/2 cawan gula halus(saya guna gula perang)
  • 1/2 sdb.serbuk kulit kayu manis
  • 1sdk.tepung jagung-di larutkan dengan air
  • 1sdb.air perahan lemon(optional)
  • 1/3 cawan air
  • minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya
  • Epal di buang kulitnya dan tomato di potong dadu.
  • Masukkan epal ke dalam non-stick pan bersama gula dan air tadi.Masak dengan api perlahan dan gaul rata sekejap .Tambahkan serbuk kayu manis.Kacau rata.
  • Bila epal hampir lembut masukkan tomato.Masak sekejap dan masukkan bancuhan tepung jagung dan masak sampai pekat.
  • Sejukkan inti.Ambil kulit popia dan letakkan inti ditengah dan gulung seperti biasa.
  • Buat sampai inti habis dan goreng hingga kekuningan.Sejukkan sebentar sebelum di makan kerana intinya masih panas jika di makan terus.Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan