Selasa, 10 Januari 2012

TELUR

RAHSIA TELUR 
  • Telur kaya dengan protein, lemak, Vitamin A, B Kompleks dan mengandungi zat besi serta kalsium. Tetapi awas, jangan makan terlalu banyak kerana telur juga tidak baik untuk mereka yang mahu merendahkan tahap kolesterol.
  • Kulit telur  berwarna putih dan coklat kerana perbezaan baka ayam. Perbezaan warna pada merah telur pula adalah disebabkan perbezaan jenis makanan yang dimakan oleh ayam. 
  • Ruang udara kecil di dalam setiap butir telur menjadi lebih besar mengikut usia telur. Jadi kita boleh menjalankan ujian ringkas untuk mengenal pasti sama ada telur itu baru atau lama.
  • Caranya, rendam telur (yang belum dimasak) di dalam segelas air; telur yang mendap ke bawah adalah baru, manakala yang condong, agak lama. Jika mengapung, bermakna telur itu tidak elok lagi.
  • Simpan telur dengan penjuru lebih tajam ke bawah, dan jauh daripada makanan-makanan yang berbau seperti ikan atau bawang kerana ia menyerap bau.
  • Sekiranya telur retak semasa merebus, masukkan sedikit garam atau cuka di dalam air rebusan untuk mengelak isinya terkeluar. 
  • Untuk mengelak bahagian luar merah telur menjadi kebiruan apabila direbus, letakkan telur yang telah masak di bawah air paip, ketuk sedikit, dan biarkan sejuk. 
  • Kulit telur mempunyai liang yang menyerap bahan asing, termasuk bakteria.  Jika telur direndam atau dibasuh terlalu lama, liang-liang itu akan mengembang dan memudahkan bakteria masuk, terutama jika telur kotor. 
  • Jika ayam diternak dalam persekitaran kotor, ia akan dijangkiti penyakit dan bakteria seperti Salmonella, yang  boleh dibawa melalui telurnya.

                •  Bakteria dalam telur mati apabila telur dimasak pada suhu tinggi. Jadi, telur yang dimasak sepenuhnya selamat dimakan. Telur mentah atau separuh masak mempunyai risiko keracunan Salmonella.
                • Maka golongan berisiko seperti orang tua, mereka yang berpenyakit dan wanita hamil patut mengelak daripada  makan telur mentah atau separuh masak.
                  Sumber:Saji on -line 
                  Foto:Cik Google

                  Tiada ulasan:

                  Catat Ulasan