Khamis, 12 Januari 2012

AYAM MASAK PAPRIK

    Salam bahagia buat semua.Hari ini saya nak kongsikan di sini resipi Ayam Masak Paprik.Kebiasaannya ia di buat menggunakan isi ayam tetapi saya menggunakan 'aksesori 'ayam seperti kaki ayam,leher serta sayapnya serta di tambah sedikit isi ayam.

    AYAM MASAK PAPRIK

    Sumber:anymz-mykitchen.blogspot.com/My kitchen.tq

    Bahan-bahan(3 orang)

    • isi ayam
    • 1 inci halia -dicincang
    • 3 ulas bawang merah -cincang
    • 2 ulas bawang putih -cincang
    • 1 batang serai -di ketuk) 
    • 3 sdb. cili merah kisar 
    • 7 helai daun limau purut
    • 6-7 biji cili padi- diketuk 
    • bunga kubis, lada benggala hijau/capsicum
    • Lobak merah,jagung muda
    • 1 labu bawang besar-di potong bulat
    • 2 sdb.sos tiram
    • 2 sdb.sos cili
    • garam/gula secukup rasa

    Cara membuatnya

    • Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak dan tumis halia ,bawang merah dan bawang putih.
    • Bila naik bau,masukan cili merah kisar dan tunggu hingga cili masak.
    • Masukkan sos tiram dan sos cili serta daun limau purut dan cili padi.
    • Masukkan pula isi ayam ke dalam bahan yg telah ditumis tadi.
    • Masukkan bunga kubis,karot dan jagung muda. Kacau sehingga bau  dan rasanya sebati. 
    • Bila isi ayam hampir masak ,masukkan bawang besar dan lada benggala.
    • Tambahkan garam/gula sebagai perasa dan gaulkan hingga rata kesemuanya .
    • Sesuaikan rasanya mengikut kesukaan masing-masing ,kemudian bila semuanya sudah masak bolehlah di angkat dan di hidangkan























    Petua dapur dari Chef Wan.
    Apabila memasak sesuatu makanan itu mula berbau hangit ,cepat-cepat keluarkan  dan masukkan ke dalam periuk yang lain.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan