style="text-align: center"

Jumaat, 13 Januari 2012

NASI GORENG CENCALUK

Jumaat,13 Januari 2012.
Salam berbahagia untuk semua orang.Menu hari adalah Nasi goreng cencaluk.Sedap di makan bersama dengan Ikan kering goreng dan Telur mata(tak nak letak mata siapa!).
Cencaluk yang di gunakan telah di campurkan dengan cili padi di dalam botol tetapi saya menambahkan lagi cili padi semasa mengoreng.Cencaluk yang di beli di Melaka ini tidaklah masin sangat bila di buat nasi goreng .

NASI GORENG CENCALUK
Sumber:Dari dapur.

Bahan-bahan
  • 4 cawan nasi -di leraikan
  • 1/2 cawan cencaluk
  • 3 sdb.cili kering kisar
  • 2 helai daun kubis
  • cili padi-di ketuk
  • 1 biji bawang besar-potong dadu
  • 3 ulas bawang merah-cincang
  • isi ayam dan udang
  • 2 biji telur-di pukul sedikit
  • 2 batang serai-hiris halus
Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
  • Bila bawang naik bau,masukkan cili kisar dan goreng hingga cili masak.
  • Tambahkan isi ayam,udang,cili padi,serai dan gaul rata.Biarkan ayam dan udang masak .Masukkan telur yang telah di pukul tadi.
  • Masukan nasi dan tambahkan cencaluk serta kubis dan gaul rata.
  • Bolehlah di tambahkan Sos ikan jika nasi goreng masih kurang rasa.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.
** nasi goreng cukup masaknya bila kita nampak biji nasi 'melompat'di dalam kuali.

**Jika temasuk garam yang berlebihan ke dalam nasi goreng,cepat-cepat masukkan sebiji kentang yang telah di hiris supaya kentang itu dapat menyedut garam yang berlebihan  -Chef Wan                                                                                                                               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan