Rabu, 11 Januari 2012

KEK CAWAN MENTEGA VANILA

KEK CAWAN MENTEGA VANILA
Sumber:Majalah Keluarga September 2009

Bahan-bahan
  • 250gm. mentega
  • 250 gm.tepung naik sendiri
  • 250 gm.gula kastor(saya guna 200gm.)
  • 5 biji telur
  • 1 sdk.esen vanila
Cara membuatnya
  • Panaskan oven ke suhu 160'c.Ayak tepung dan ketepikan.
  • Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang dan halus.
  • Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang dan gebu.Setiap kali di masukkan telur ,pukul sebentar barulah di masukan telur yang lain pula.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan gaul rata dengan kaedah kaup balik.
  • Akhir sekali masukkan esen vanila.
  • Masukkan adunan kek ke dalam acuan kek cawan hingga 3/4 penuh dan bakar pada suhu 160'c selama 15-20 min. bergantung pada oven masing-masing.
  • Apabila kek cawan masak ,sejukkan dahulu dan hiaslah ikut kesukaan masing-masing.
**saya menggunakan topping krimwell kopi dan gula manik hiasan berwarna-warni
  • Beza kek cawan dengan muffin ialah dari segi teksturnya.Kek cawan teksturnya lembut seperti kek biasa.Ia juga seperti adunan muffin di mana adunan di masukkan ke dalam bekas kecil.
  • Muffin biasanya menggunakan gula biasa dan bukannya gula aising.
  • Kalau kita buat kek cawan,adunannya jangan di pukul terlalu lama,kerana ia tidak akan kembang dan sewaktu kita letakan adunan dalam mangkuk kertas ia akan meleleh dan tidak naik
  • Ini kerana lagi lama kita pukul adunan lagi banyak udara masuk dan ia tidak akan dapat mengikat adunan dan itulah yang menyebabkan ia sukar untuk kembang,malah ia akan jatuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan