Isnin, 2 Januari 2012

MIHUN GORENG SIAM

 As-Salam buat semua..
Catatan pertamaku di Tahun 2011.Baru balik  dari kerja malam tapi tak boleh tidur sebab malam tadi dah habiskan 2 cawan Nescafe Gold!.Hujan renyai tengah turun,tapi mata tak boleh nak pejam.Baik saya menulis dulu supaya mata jadi letih dan dapat tidur.

MIHUN GORENG SIAM
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 300 gm.bihun-di rendam hingga lembut
  • 3 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sdb.udang kering
  • 2 biji cili padi
  •  2 sdb .cili kering kisar
  • 1 pokok sawi/kubis/taugeh
  • gula/garam secukup rasa.
  • daun bawang/sup,bawang goreng- utk.taburan
  • bahan lauk-udang isi ayam,sotong,udang ,fish ball dan fish cake 
Cara membuatnya
  • Potong nipis sotong,fish cake dan fish ball di belah dua. Ketepikan
  • Toskan mihun yang telah di rendam tadi
  • Tumbuk bawang merah bersama dengan udang kering dan cili padi.Bawang putih di cincang halus.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan tumbuk dan bawang putih.Goreng hingga naik bau.
  • Masukkan cili kering kisar dan biarkan seketika hingga cili masak.Masukkan garam,gula dan gaul sebati.
  • masukkan bahan lauk dan sedikit air dan biarkan seketika hingga lauk masak
  • Masukkan mihun dan gaul rata.sesuaikan rasanya
  • Angkat dari api dan taburkan dengan daun bawang/sup dan bawang goreng.

 ** Ke mana pulak perginya udang dan sotong kat dalam pinggan tu,sapa la yang ambil!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan