Selasa, 3 Januari 2012

TERUNG SAMBAL


Selamat pagi semua ..hari ini sesi persekolahan 2012 bermula.Sukanya budak 3 orang itu memakai pakaian sekolah yang baru- from top to toe , termasuk peralatan sekolah baru,macam nak sambut hari raya!.Di sini saya juga nak memperkenalkan bayi baru di rumah ini-Wildan namanya.Keluarga saya menjadi baby sitter kepada bayi comel ini.Azim memanggilnya si comel!.Hari ini si comel kesepian kerana dayang-dayangnya pergi sekolah.Semasa catatan ini di tulis,Wildan sedang sleeping beauty.Barulah aman Wildan tidur kerana rumah sunyi-sepi!
Terung sambal ini sedap di makan bersama nasi panas.Saya cuma memasaknya dari dua biji terung untuk 3 orang makan.

TERUNG SAMBAL
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 2 biji terung-belah 2
  • 2 sdb.cili kering kisar
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 2 sdb.bawang merah kisar
  • 1 sdb.bawang putih kisar
  • 1 sdb.sos tiram
  • 1 sdb.sos lada hitam
  • garam/gula secukup rasa.
Cara membuatnya
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan  semua bahan kisar kecuali cili kering.
  • Bila naik bau ,masukkan cili kisar dan goreng hingga cili masak.
  • Tambahkan sos tiram,sos lada hitam,pati ikan bilis dan garam/gula secukup rasa.
  • Masukkan sedikit air dan kemudian masukkan terung yang telah di belah dua tadi.
  • Biarkan seketika sehingga terung masak.Sesuaikan rasanya ,kemudian bolehlah di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan