style="text-align: center"

Selasa, 10 Januari 2012

IKAN KERISI MASAK ASAM

    Hari ini kita masak Ikan kerisi masak asam versi dapur saya.Satu lagi cara adalah boleh di buat Masak asam pedas.Ia berbeza di mana Masak asam pedas tidak di letak lengkuas.Biasanya di tambahkan Sayur bendi di masak bersama ikan.Sayur bendi dalam gambar dah kena culik sebab tu tidak kelihatan!.


    IKAN KERISI MASAK ASAM 
    Sumber:My kitchen

    Bahan-bahan
    • 2 ekor ikan kerisi (ikan lain pun boleh)
    • 2 sudu besar cili kering
    • 1 batang serai (dititik atau hanya dibelah dua)
    • 2 inci lengkuas 
    • beberapa helai daun kesum 
    • beberapa helai daun kandis
    • 3 biji bawang merah atau ( 1/4 biji bawang besar saiz kecil)
    • 1 ulas bawang putih
    • 1 keping asam keping
    • beberapa kacang bendi
    • 1 biji tomato -potong empat
    • garam dan serbuk cukup rasa
    Cara membuatnya
    • Masukkan lengkuas,bawang merah,bawang putih dan cili kering ke dalam pengisar dan kisar bersama air hingga halus.
    • Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air lagi untuk di buat kuahnya.Masukkan serai dan asam keping.
    • Masak kuah hingga mendidih dengan api sederhana.Masukkan ikan kerisi,daun kesum,daun kandis dan kacang bendi.
    • Tambahkan garam dan serbuk cukup rasa dan tunggu hingga ikan masak.Masukkan tomato dan sesuaikan rasanya.
    • Biarkan sebentar dan bolehlah di hidangkan.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan