Isnin, 26 Mac 2012

TOFU TELUR SAMBAL PEDAS TOMATO NENAS

Salam sejahtera buat semua...
Hari ini saya bertugas pada sebelah petang.Biasanya pada waktu pagi saya akan memasak untuk makan tengahari.
Menu hari ini ialah masak tofu telur yang lama dah terperap dalam peti sejuk dan Apam pisang.Banyak sungguh pisang yang masak sampai tak sempat nak makan.Entrinya saya akan letak kemudian nanti.Hari ini nak entri pasal tofu telur dahulu.Resipinya di ambil dari blog Kak Ummi.Minta izin untuk di kongsikan di sini pula ya.


TOFU TELUR SAMBAL PEDAS TOMATO NENAS

Bahan-bahan
  • 3 paket tofu telur
  • 4 sdb.cili kisar
  • 1 labu bawang besar-dadu
  • 2 ulas bawang putih-cincang
  • 2 biji tomato-saiz sedang
  • 2 sdb.sos cili
  • 1/4 biji nenas-hiris kecil
  • garam /gula secukup rasa
  • 1 biji tomato-potong baji enam
  • minyak masak
Cara membuatnya
  • Potong tofu 1 inci tebal.Panaskan1/3 cawan minyak dalam non-stick pan dan goreng tofu hingga berkulit.
  • Angkat dan toskan minyaknya dan ketepikan.
  • Buangkan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan.
  • Masukkan cili kering kisar ,masak dengan api sederhana hingga pecah minyak.
  • Sementara itu kisar 2 biji tomato tadi dengan 1/4 cawan air lalu di tambahkan ke dalam kuali dan kacau sebentar.
  • Tambahkan garam/gula secukup rasa.
  • Masukkan nenas dan biarkan lembut sedikit.
  • Masukkan potongan tomato dan tofu,kacau balikkan perlahan-lahan biar rata sekejap sahaja.
  • Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih.
** saya mengunakan nenas kiub tin dalam resipi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan