Jumaat, 4 Mei 2012

TAUHU UDANG

Salam bahagia buat semua yang sedang membaca.
Resipi yang di 'perturunkan' hari ini ialah Tauhu udang
dari Blog Sinaran Menu.
Salah satu resipi yang terbaik dari ladang!.Ye la kita kan suka makan tauhu,jadi kalau ada resipi yang sedap dan sesuai untuk di kongsikan di sini ,saya akan paparkannya untuk tatapan semua.Mesti cuba ,sedap....

TAUHU UDANG
Terimakasih untuk Puan Ros.
Bahan-bahan
  • 10 keping tauhu bentuk segi empat
  • 10 ekor udang-di cuci bersih ,buang kepala
  • 2 tangkai daun kesum-hiris halus
  • 1/2 helai daun kunyit -hiris halus
  • 1 tangkai daun pasli-hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar-mayang nipis
  • 1 biji cili merah-potong halus
  • 3 biji telur
  • garam secukup rasa
  • 1/2 sdk.lada sulah
  • 2 cawan minyak masak
Cara membuatnya
  • Buat lubang memanjang di atas permukaan tauhu dan korek keluar sedikit isinya.
  • Dalam mangkuk,kacau telur bersama garam dan lada sulah.
  • Masukkan bahan-bahan yang di hiris dan kacau sebati.
  • Masukkan satu sudu kecil bancuhan telur ke dalam tauhu dan letakkan seekor udang.
  • Masukkan lagi dalam 3 sudu bancuhan telur sehingga permukaan tauhu nampak penuh(jangan bimbang bila nampak telur meresap ke dalam tauhu dan kelihatan seperti kering).
  • Buatlah sampai habis.Jika ada lebihan telur yang mengalir keluar dalam pinggan,masukkan semula ke dalam tauhu.
  • Panaskan minyak dengan api sederhana.Masukkan sebiji tauhu secara perlahan.Gunakan 2 batang sudip,satu untuk menekan tauhu dan satu lagi untuk menyeduk minyak panas(lakukan dengan cepat) dan siram ke atas tauhu agar telur cepat masak.
  • Bila telur di atas tauhu kelihatan masak,bolehlah balik-balikkan tauhu sehingga garing di semua bahagian.
  • Masaklah sebiji-sebiji sampai habis.Siap untuk di hidang.
Nota(ubah-suai ikut cara  sendiri)
  • Telah memotong dua tauhu dan jadilah tauhu itu separuh, baru di letakkan udang(saya cuma membuat separuh dari bahan-bahan resipi ini).
  • Telah menggantikan semua daun dengan daun sup/bawang.
  • Isi yang di korek keluar,saya hancurkan dan masukkan ke dalam adunan telur.
  • Menghidangkan tauhu udang ini dengan sos pencicah.
  • Membuang kulit udang separuh,cuma ekor sahaja di tinggal kulitnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan