Khamis, 3 Mei 2012

PULUT MANGGA



Salam bahagia buat semua..
Hari ini saya tanak pulut sebab dah lama teringin makan pulut mangga.Lagipun ada banyak buah mangga kat dapur.Orang yang membelinya tak makan!kita pula yang kena habiskan dengan membuat pelbagai resipi dari buah mangga.
Saya memggunakan santan kotak jadi tidaklah terasa begitu lemak santannya.Tapi tak apa, rasanya sedap juga.

PULUT MANGGA
Sumber:dari dapur

Bahan-bahan-tiada sukatan tertentu.
  • beras pulut
  • buah mangga 
  • santan pekat
  • gula dan garam-secukup rasa
  • gula melaka yang di cairkan
  • daun pandan
Cara membuatnya
  • Bersihkan beras pulut,kemudian masak pulut taupun kukus sehingga masak bersama sehelai daun pandan..Bila pulut masak ,ketepikan sebentar.
  • Buangkan kulit mangga dan potong memanjang.Sementara itu tambahkan sedikit air ke dalam santan pekat dan masukkan sedikit gula dan garam untuk melemakkan lagi santan.
  • Ambil pinggan dan masukkan pulut tadi,susunkan isi buah mangga yang dipotong tadi dan curahkan santan.Akhir sekali siramkan cairan gula melaka di atasnya.Sedia untuk di makan.
  • Boleh juga di taburkan bijan panggang di atas pulut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan