style="text-align: center"

Selasa, 19 Jun 2012

BANANA CLAFOUTIS



Salam bahagia buat semua...

Saya dapat resipi Clafoutis Pisang ini di dalam Majalah Saji.Ia lebih kurang seperti bingka sahaja.Mulanya saya ingat makanan ini boleh di salin bekasnya apabila masak,rupa-rupanya tidak boleh.Jadi kita tayang saja dalam loyang kita yang 'cantik 'tu.Lain kali kalau nak bakar tentu kena guna bekas kuih tahan panas yang sedia untuk di hidangkan.Di dalam resipinya tertulis masa membakar selama 30 jam,mungkin salah cetak ,saya tak pasti.Yang pastinya saya cuma mengambil masa selama 1 jam setengah untuk membakarnya.
CLAFOUTIS PISANG
Sumber:Majalah Saji ogos 2010

Bahan-bahan
  • 2 biji pisang embun/pisang berangan
  • 1/2 cawan tepung serbaguna
  • 6 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • secubit garam
  • 2 biji telur
  • 1 biji kuning telur
  • 2 cawan susu segar
Cara membuatnya
  • Panaskan ketuhar pada suhu 170'C.
  • Satukan tepung ,garam dan serbuk kayu manis.
  • Di dalam bekas lain,pukul telur,kuning telur,susu dan esen vanila.
  • Campurkan adunan kering dan gaul rata.
  • Tuangkan kedalam loyang/bekas tahan panas untuk membakar.
  • Taburkan hirisan pisang di atas adunan dan bakar sehingga masak.
**saya menambahkan 1/2 cawan tepung jagung ke dalam adunan .

1 ulasan: